Isnin, 19 Mei 2008

SELAMAT HARI GURU 2008

Memori Guru

Guru…
langkah gah mu
Merintis semangat kami

Guru…
Berkocak danau hati mu
umpama larva gunung berapi
kerana diracun kedangkalan kami
sabar mu tetap setia di hati

Guru…
Biarpun hati mu terluka
Biarpun Rasa mu terhina
Biarpun Jiwa mu tersiksa
semangat mu tetap membara
demi mendiidk anak bangsa

Guru…
Masa berdetik berlalu
Hari ditelan bulan
dan dekad memamah tahunan
kemajuan merobek zaman
Semangat cekal berterusan

Guru…
Muda dulu kini tua
bukan persoalan dan ukuran
kerana semangat “cikgu” terus bersemangat
dulu , kini dan selamanya
hari bersejarah tetap dinanti
Kerana …
Tanggal 16 Mei
Jasa mu dikenang jua
Cikgu muda atau tua….
Tanpa mu siapalah aku….
SELAMAT HARI GURU 2008

Tiada ulasan: