Khamis, 8 Mei 2008

E-BOOK : CARA MEMBUATNYA

Tiga langkah sahaja dalam membuat sesuatu ebook :

1. Pilih topik
2. Cari bahan
3. Tulis!
4. Siap


Format yang di gunakan iaitu fotmat Landscape A4 .

Cara membuatnya adalah :

1. Buka document baru dalam word
2. Pergi ke file di bar paling atas itu. Click ia daripada drop-down menu itu, pilih “Page Setup” .
3. kemudian pilih “Landscape” (di bahagian orientation bergambar huruf A)
4. Kemudian di tab atas, klik tab “Paper”
5. Di menu “Paper Size”, klik dan pilih A4 21×29cm
6. Klik OK

Sebab musabab format tersebut digunakan adalah semata2 kerana ia unik!
Sesuatu yang unik akan kelihatan ekslusif dan memberi user experience yang lebih best.
Kemudian kandungan akan dibahagikan kepada 2 bahagian di mana sebelah kiri adalah untuk gambar (jika ada) dan sebelah kanan untuk tulisan.

Cara nak membuatnya:

1. Perhatikan di atas word document anda (kertas putih) terdapat semacam pembaris.
Ia adalah left-right margin of your text.
2. Drag line penghujung yang berwarna putih ke tengah2.
3. Sekarang, text anda akan bermula daripada bahagian tengah kertas:-
Seperti apa yang kita mahu!
4. Selebihnya adalah kepelbagaian format text (bold, color, italic, font-type) untuk memudahkan pembacaan dan membuatkan content kelihatan menarik.

Berikut adalah tips2 untuk membuat content ebook anda nampak professional:

1. Pastikan penggunaan font yang sesuai. Ia termasuk size font, type, color, indent (or not), jarak
antara font, jarak antara baris dan yang sewaktu dengannya.
2. Dicadangkan supaya penggunaan font-type Arial/Verdana dengan size antara
9px-11px kerana ia mudah untuk dibaca di skrin komputer.
(semua formating ini boleh di set di bahagian Format>font dan Format>paragraph)
3. Pastikan penggunaan gambar adalah efektif.
Gambar mestilah memberi efek yang di kehendaki agar user experience tidak terganggu.
4. User experience adalah the most important factor.
Buatlah apa sahaja asalkan user experience tidak terganggu.
5. Penulisan biarlah dalam bentuk cerita dan rumusan. Ia lebih mudah di fahami dan menarik!
6. Lebih ringkas dan tepat penyampaian anda adalah lebih baik.
Asalkan mesej yang hendak di sampaikan di terima oleh pembaca.
7. Bilangan muka surat adalah terpulang pada budi bicara masing2.
Jangan tambah page semata2 untuk menulis repekan yang tidak berfaedah.

Baiklah sekarang, sampailah pada part yang paling penting. Setelah siap semua penulisan dan formating ebook dalam bentuk Word Document (*.doc) , cari software converter yang akan menukar format word (.doc) ke dalam format .pdf . Ramai kawan-kawan menggunakan perisian Primo Pdf Converter . Cara nak menggunakannya telah tertulis dalam ebook yang di sertakan sekali dengan downloadable software nya, jadi rujuklah di situ .
Boleh download PrimoPdf di sini: PrimoPdf Download.

Rumusannya:
Hanya 2 perisian sahaja yang saya gunakan untuk menulis ebook:
1. Microsoft Word
2. Primo Pdf Converter

Tiada ulasan: