Khamis, 8 Mei 2008

KEK RESEPI KEJAYAAN

Bahan-bahannya :
»250 gm Daya usaha
»100 gm Kesabaran
»100 gm Keimanan
»190 gm Keinsafan
»150 gm Campuran Akhlak Mulia
»8 sudu the rasa tanggungjawab
»200 gm senyuman secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul hingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia, Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiasilah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
Up: Untuk mendapatkan kek kejayaan yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Tiada ulasan: