Khamis, 8 Mei 2008

SAAT SAKRATULMAUT

Saya terjumpa kaedah membantu orang yang nazak yang menghadapi Sakratul Maut.
Diharap kita dapat mengamalkankan ke atas mereka yang nazak pada masa depan.

Masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut.

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untukmembaca surah Yasin -
yang lain2 bole bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai
perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa
belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa
beliau.
iv.Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau
untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan
menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga ini dapat
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah
kita dalam menghadapi sakaratul maut.
Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Tiada ulasan: