Selasa, 13 Mei 2008

CERMIN DIRI

Sememangnya kita akan terus membuat kesilapan.
Cermin Diri boleh membaiki diri kita daripada terus hanyut dalam arus kesilapan.
Hal demikian patut dibuat sebelum ombak kesalahan dengan dosa dan noda meragut keimanan kita.
Kaedah yang paling baik adalah dengan bersendirian dan menjalankan renungan kendiri.
Dengan bantuan sehelai kertas dan sebatang pen, kita akan menyenaraikan segala kebaikan dan keburukan yang kita telah lakukan.
Selepas itu, cermin diri kita dengan penuh keinsafan. Buat dengan kesungguhan dan kesabaran, nescahya kita akan mengenali diri kita dari 2 perseksi. Biarkan diri kita seimbang sama ada dari segi emosi,jasmani,mental dan spiritual.
Sememang kita pasti berjaya dan menemui diri kita yang sebenar.

Tiada ulasan: