Khamis, 8 Mei 2008

FOREX ~ PLAT FORM

Plat form adalah umpama tempat untuk anda menjalankan perniagaan. Umpama anda ingin menjual ikan, anda perlu menjual ikan tersebut di pasar ikan atau pasar basah. Kalau anda ingin menjual kereta, anda perlu menjual kereta berkenaan di kedai menjual kereta. Dalam perniagaan forex anda menjual dan membeli matawang. Oleh itu anda perlu ada tempat untuk menjual matawang berkenaan. Tempat anda menjalankan urusan jual beli matawang berkenaan dipanggil PLAT FORM.
Terdapat pelbagai plat form yang ada di internet seperti money forex, interbank fx, fxcm, north finance, saxo bank dan sebagainya. Namun dalam nota ini plat form yang akan dibincangkan cuma MARKETIVA SAHAJA. Penggunaan plat form marketiva sangat sesuai digunakan terutama bagi anda yang baru mula mempelajari trading forex. Ia sangat senang dikendalikan disamping bersifat mesra pengguna. Selepas anda telah menjadi trader professional barulah anda boleh berpindah ke plat form yang lebih advance seperti saxo bank, interbank fx, northfinance dan lain-lain.
Secara keseluruhannya, plat form marketiva mempunyai kelebihan yang tersediri. Antara kelebihan platform marketiva ialah ia membenarkan seseorang trader menjalankan urusan trading dengan modal yang rendah, serendah 1 dollar sahaja. Di samping itu ia mempunyai live support 24 jam.Jika anda mempunyai masalah dalam menggunakan platform marketiva anda boleh mendapat khidmat nasihat secara terus dari wakil admin serta merta melalui live chat. Anda boleh menaip masalah anda dengan menggunakan bahasa Inggeris atau Melayu. Wakil admin akan menjawab semua pertanyaan anda secara terus.
Disamping itu marketiva juga membenarkan seseorang trader membuat trading sebanyak dua kali dalam posisi yang sama. Umpamanya boleh membuat BUY sebanyak 2 kali dalam posisi yang sama. Jika sesetengah plat form ia tidak dibenarkan sama sekali. Jika anda buat dua kali buy dalam posisi yg sama, posisi yang pertama akan terpada secara automatik. Sistem hanya akan melayan posisi kedua yang anda buat.
Walau bagaimanapun platform marketiva juga mempunyai kelemahan. Ia tidak membenarkan tader membuat trading melebihi modal keseluruhan sebanyak 1k. Jika modal anda dalam akaun trading melebihi 1k pun, jumlah modal yg dibenarkan oleh sistem cuma 1k sahaja.
Dengan kelemahan ini anda tidak boleh memasuki pasaran dengan modal besar seperti 2k keatas dan sekaligus meraih keuntungan yang tinggi dalam setiap 1 pips. Oleh itu jika anda masih ingin memasuki pasaran dengan modal besar lebih baik anda bertukar ke plat form yang lebih advanced.

Tiada ulasan: