Khamis, 8 Mei 2008

FOREX ~ INDICATOR

Indicator adalah petunjuk elektronik untuk membuat ANALISIS TEKNIKAL sebelum membuat apa-apa trading. Petunjuk ini akan memberi tahu keadaan pasaran sama sedang naik UP TREND ( UT ) atau sedang turun DOWN TREND ( DT ). Di samping itu ia juga akan menunjukkan masa yang sesuai untuk memasuki pasaran. Dengan petunjuk atau signal yang ada, ia dapat membantu seseorang trader untuk membuat keputusan sama ada ingin membuat posisi BUY atau SELL.
Ada sesetengah indicator perlu dilanggan atau disewa. Ada pula yang percuma. Antara indicator yang boleh diperoleh percuma sepanjang kursus ini ialah indicator REAL TRADER 4. Indicator ini senang difahami kerana semua petunjuk yang diberikan mempunyai maksud yang jelas. Bagi seseorang trader yang baru mereka boleh menggunakan indicator ini sebagai panduan untuk memasuki pasaran. ( Panduan install terdapat dalam CD yang diberikan secara percuma ).
Walau bagaimanapun apabila seseorang trader telah mahir dengan selok belok perniagaan forex, indicator menjadi kurang penting lagi. Yang lebih penting adalah teknik pengurusan modal, kawalan keseimbangan trading BUY dan SELL, NEWS serta modal back up. Walau bagaimanapun indicator tidak boleh ditinggalkan sepenuhnya. Ia masih penting dalam keadaan news tidak diketahui.

Tiada ulasan: