Khamis, 8 Mei 2008

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN

Bukan semua kanak-kanak mempunyai kelebihan dan kecedasan yang sama...
Rambut sama hitam tetapi ada perbezaan yang nyata.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN ?

A. Emosi dan tingkah laku
- Perasaan risau dan rendah diri
- Perasaan sedih atau hiba atau duka
- Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
- Perasaan takut akan perkara-perkara baru
- Degil , tidak patuh kepada peraturan-peraturan dan suka melawan

B. Sosial
- Gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan.
- Murid-murid lain benci kepadanya
- Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau menggigit jari
- Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alas an
- Bohong dan kadang-kadang mencuri

C. Kesihatan
- Lemah tubuh badan serta kurang zat makanna
- Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang ( gemuk , kurus )
- Tumpuan perhatian terhad
- Lemah gerak motor-kasar dan halus
- Kesihatan terganggu seperti sellau sakit , sakit terlalu lama dan teruk

D. Kesediaan Belajar
- Belum bersedia untuk belajar
- Perbendaharaan kata kurang
- Lemah pemahaman
- Kurang percaya terhadap diri sendiri

E. Pengamatan
- Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan urutan
- Lemah pendengaran bunyi dan daya pemikiran
- Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
- Lambar kengkelaskan benda
- Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yangbaru.
- Tidak dapat menyelesaikan masalah , Sukar buat kenyataan am
- Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang
- Lemah pergerakan dan perbuatan
- Tidak boleh mengingat kembali

Tiada ulasan: