Rabu, 7 Mei 2008

Rezeki Anak itu Rezeki Orang Tua...

Sesungguhnya, rezeki yang halal adalah segala-galanya. Lebih-lebih lagi dengan adanya kombinasi dari keberkatan.
Pertama , semua orang memahami rezeki halal. Walaupun pendapatan hanya di bawah paras kemiskinan tegar , seseorang individu dapat menyara keluarganya dalam tempoh masa sebulan sementara menunggu pendapatan pada bulan seterusnya. Pendapatan 4 angka golongan professional jauh lebih banyak daripada pendapatan yang di bawah RM1000. Bahkan pendapatan penganggur bermusim juga tidak mungkin mengatasi kemampuan membeli golongan elit.
Akan tetapi….apabila Allah s.w.t memberi rezeki kepada hambanya, sama ada pendapatan dalam jumlah yang banyak atau sedikit dengan syarat punca rezeki tersebut halal dan diredhai-Nya, insyaALlah kita boleh meneruskan kehidupan kita tanpa ada sebarang rungutan.
Pendapatan bukanlah menjadi ukuran dalam mencari rezeki di muka bumi ini. Hala dan haram lah menjadi amalan dan panduan kita sepanjang menjalani kehidupan seharian. Ini kerana Islam adalah jalan kehidupan kita kerana kita takut tersesat sepanjang perjalanan hidup di dunia ini.
Di situlah kita sedar bahawa perbelanjaan harian kita sentiasa seiring dengan pendapatan kita. Kita tidak akan berasa kekurangan ke atas kewangan kita kerana kita sentiasa bersyukur dengan rezeki halal yang sedia ada. Di sini saya bukan maksud mengalalkan kita terus hidup dalam keadaan sedia ada selamanya. Kalau corak kehidupan kita berubah, alhamdulillah. Tetapi ingat !!!! Cara dan jalan mestilah betul. Sekarang kita hanya berfokus kepada rezeki halal sahaja.
Kedua, keberkatan ke atas rezeki halal tadi adalah kombinasi yang paling penting. Semua kita memiliki ibu bapa. Kedua orang tua kita akan berasa gembira jika kita menghulurkan sejumlah wang ( niat kena ikhlas !!!!) kepada mereka. Kalau tak dapat, kita belikan makanan seperti roti, kuih-muih,buah-buahan atau makanan keperluan asas kepada mereka. Sesunggunya semua ibu bapa bukan mengharapkan semuanya. Ini kerana mereka hanya menanti kehadiran kita sepanjang masa. Mendengar khabar berita melalui telefon / hanpon serta perhatian daripada anak-anakna adalah formula luar biasa yang menggembirakan hati mereka.
Semua kita akan berkata sibuk dengan urusan pekerjaan sampai tidak ada masa untuk berbuat demikian. Janganlah kita lupa, sesungguhnya keenganan kita berbuat demikian telah menyinggung perasaan mereka. Kesedihanmereka itu akan memberi kesan negative ke atas rezeki halal yag kita telah perolehi. Adakah kita akan menziarahi mereka apabila mereka terlantar di katil hospital atau klinik ? Adakah kita akan menziarahi apabila jasad ibu bapa kita apabila meeka pergi selamanya ?
Sememangnya semua ibu bapa yang akan mendoakan kebaikan anak-anaknya. Lantaran itu, keberkatan ke atas rezeki halal kita akan berterusan. Walapun sewaktu kita kecil kita sangat dekat dengan kedua orang tua kita. Dan kebiasaannya , setelah dewasa kita akan berada jauh daripada kedua orang tua kita atas sebab faktor mencari rezeki. Namun, janganlah dijadikan alasan sehingga langsung tidak ada masa untuk menemui mereka. Ambillah kesempatan sewaktu mereka hidup di dunia ini. Walaupun suatu masa nanti mereka pergi selamanya, sebenarnya tanggungjawab kita tetap berterusan. Kita tetap akan menzirahi kubur , berdoa dan bersedekah kepada mereka selagi nafas kita tidak berhenti.
Kesimpulanya, rezeki kita anak-anak adalah rezeki orang tua kita. Ini kerana kita adalah masa depan mereka sewaktu melahirkan kita. Carilah rezeki halal yang berkat doa orang tua. Usahlah kita lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak dan tangungjawab kita sebagai seorang muslim. Biarkan semuanya menjadi unsure kepada agama Islam di hati kita. Tidak aka nada persilangan , subset dan kesatuan seperti mana dalam mata pelajaran matematik. Ini kerana Islam adalah jalan kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Jangan lupa , amalkan ajaran Islam sebagai panduan dan amalan kita sebagai anak ataupun ibu bapa.

Tiada ulasan: