Jumaat, 9 Mei 2008

HARI KANAK-KANAK

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober.


DEFINASI.

Mengikut tafsiran dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, kanak-kanak bererti " seseorang yang berusia dibawah 18 tahun"

2 OBJETIF UTAMA SMABUTAN HARI KANAK-KANAK :-

1. Satu penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap kanak-kanak dan hak mereka,
2. Untuk menyedarkan setiap golongan masyarakat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

HAK KANAK-KANAK.

1. Persefahaman dan kasih sayang.
2. Pemakanan seimbang, perumahan, rawatan dan rekreasi.
3. Pelajaran asas percuma dan pendidikan sempurna.
4. Pembesaran, perkembangan fizikal, mental dan moral yang murni.
5. Pemberian nama dan kewarganegaraan.
6. Penerimaan rawatan khas sekiranya cacat.
7. Pertolongan utama didalam kecemasan dan malapetaka.
8. Perkembangan didalam suasana keamanan dan persaudaraan sedunia.
9. Perlindungan daripada sebarang pengabaian, kekejaman dan eksploitasi.
10. Peluang untuk menikmati hak-hak ini tanpa mengira jantina, agama, fahaman politik serta asal usul dan keturunan.

LAGU TEMA HARI KANAK-KANAK

di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa semua tidak berbeza
dipersada kini
kau teguhkan kini perpaduan, kedamaian
kami tersenyum,
kami gembira
hilang duka dan derita
curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cintasa
sama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang
Yang Maha Kuasa
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman

Tiada ulasan: