Selasa, 13 Mei 2008

KEK HOTEL 5 BINTANG

Bahan-bahannya:-

1 tin mentega 16 oz.
9 biji telur ayam
2 gelas gula halus
3 gelas tepung roti marie
1 tin susu manis
1 tin kecil milo
1 botol kecil horlick
Sedikit perasa esen vanila


Cara membuatnya:-

Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur ayam satu persatu.
Selepas itu masukkan tepung roti marie dan gaul hingga rata.
Masukkan susu manis dan esen vanila hingga sebati.
Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian dimasukkan milo dan satu bahagian lagi dimasukkan horlick.
Setelah semuanya sebati,, kukuslah dan lapiskan bahagian demi bahagian mengikut citarasa sendiri.

Tiada ulasan: