Isnin, 5 Mei 2008

PENULISAN LAGU

Penulisan lagu ibarat tukang masak yang mempunyai banyak rempah-ratus dan resepi. Ini kerana masakan perlu disediakan . Jika masakan itu sempurna, maka sedaplah rasanya...

Ada 10 Tips penulsian Lagu yang saya ketahui...

1. Jangan tunggu untuk berinspirasi dan bermeditasi
2. Belajar bentuk dan struktur lagu. Lebih dikenali sebagai FORM seperti A.B.A.B.A.B.C.
~ Verse , Bridge dan Chorus
3. Fikirkan Tema Lagu dan tajuk lagu yang sesuai.
4. Mulakan penulisan secara "Brainstorming " tentang apa sahaja yang terlintas di minda kita.
5. Biasakan telinga kita dengan mendengar pelbagai muzik untuk dapatkan idea.
6. Mulakan dengan melodi , muzik dan seterusnya lirik . Begitulah sebaliknya...
7. Buat perancangan yang mudah tapi menarik dan sedap didengar.
8. Semua elemen muzik yang berkaitan seperti bahasa dalam senikata ,mood lagu , irama , lagu ,
muzik , dinamik.
9. Mulakan sebagai percubaan awal sambil mendengar berulang kali.
10. Proses Pra-Dengar kepada kawan-kawan yang faham tentang muzik dan dapatkan komen.
Selain itu, Pra-Dengar juga kepada rakan-rakan yang suka mendengar lagu , mengkritik dan dapatkan respon awal daripada mereka. Perbaiki kelemahan dalam lagu anda.

Tips berkenaan sebenarnya adalah asas yang saya ketahui. Sebenarnya tiada peraturan khusus yang ditetapkan tentang penulasan lagu. Kita bebas berkarya...

Tiada ulasan: