Khamis, 8 Mei 2008

FOREX

FOREX ialah perniagaan matawang yang mula berkembang di seluruh dunia. Perniagaan ini beroperasi 24jam sehari selama 5 hari seminggu. Ia bermula dari pukul 6pagi pada hari isnin hingga pukul 6pagi hari sabtu. Jumlah trading forex keseluruhan mencapai 2.4 trilion.
Suatu masa dulu forex hanya diniagakan oleh individu professional. Di samping itu ia memerlukan kepakaran khusus sebelum menjadi trader yang berjaya. Individu yang ingin mahir dalam perniagaan ini memerlukan masa 1 hingga 5 tahun untuk belajar. Malah mereka juga perlu membelanjakan puluhan ribu ringgt untuk mengikut kursus khas sebelum menjadi trader yang baik.
Namun pada hari ini perniagaan forex tidak sepayah dulu. Kemajuan dalam teknologi maklumat adalah punca utama perniagaan ini cepat berkembang dan mudah dipelajari.Perniagaan forex kini boleh dikendalikan dari rumah sahaja. Walaupun hanya dengan kain pelikat seseorang trader boleh meraih keuntunga antara 100 sehingga 1000 dollar sehari. Ia bergantung kepada banyak modal yang diniagakan, kecekapan, dan berapa kali seseorang trader melakukan trading dalam sehari.
Ini bermakna semakin besar modal yang diniagakan, semakin besar peluang untuk meraih untung. Selain dari itu jika seseorang trader mempunyai banyak masa terluang, mereka boleh membuat trading seberapa banyak yang mereka mahu. Cuma syaratnya harus berdisiplin dan tahu mengawal modal agar tidak mengalami kerugian yang berlebihan.
BAGAIMANA BERMULA
Dalam perniagaan forex anda memerlukan beberapa tools maya untuk berjaya. Tools berkenaan adalah AKAUN ELEKTRONIK, PLAT FORM, INDICATOR DAN NEWS. Kesemua tools ini terdapat di internet. Ianya ada yang percuma dan ada yang berbayar.

Tiada ulasan: