Sabtu, 31 Mei 2008

FORMAT UPSR 2010

TANAH MERAH: Kerajaan bercadang memperkenalkan format baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), yang 50 peratus pemarkahannya dibuat berdasarkan penilaian berterusan prestasi murid dalam pelbagai aspek selain peperiksaan, mulai 2010.Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata format baru itu antara lain merangkumi pengurangan peperiksaan, penilaian berterusan pada peringkat sekolah, taksiran psikometrik dan taksiran peringkat pusat terhadap aktiviti sukan serta kokurikulum.“Sistem yang digunakan dalam UPSR kini mungkin akan dihapus setengah atau kurikulumnya dirombak, tetapi ia banyak bergantung kepada kemampuan guru membuat penilaian serta taksiran pada peringkat sekolah.“Matlamatnya ialah penerapan nilai asas di mana murid mulai sekolah rendah mesti kreatif, aktif serta berpemikiran kritikal. Mereka juga perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain seperti Mandarin dan Arab.“Aktiviti luar seperti kokurikulum, sukan dan disiplin akan diserapkan daripada awal sebelum memasuki sekolah menengah kerana apabila dewasa, kita tak mahu mereka lemah dan akhirnya jadi graduan menganggur,” katanya.Bercakap selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Tanah Merah di sini, semalam, Hishammuddin berkata, jika cadangan itu dilaksanakan, format UPSR yang berasaskan peperiksaan sejak 20 tahun lalu, akan berubah.Beliau berkata, kajian mengenai cadangan itu dibuat sejak dua tahun lalu dan kini diperluaskan bagi dilaksanakan menjelang 2010, sebaik tempoh pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berakhir.Hishammuddin berkata, kajian terperinci format itu dilakukan Bahagian Pendidikan Guru dan Pusat Pembangunan Kokurikulum di kementeriannya yang menilai kemampuan guru melaksanakannya serta tahap penerimaan murid.“Saya harap, perubahan itu dilakukan menjelang 2010 iaitu sehingga tempoh pelaksanaan PIPP dan kita mahu perubahan semua aspek termasuk persediaan guru, peperiksaan dan kokurikulum dalam usaha melakukan reformasi pendidikan negara,” katanya.Difahamkan, format baru itu akan dilaksanakan menerusi projek perintis membabitkan beberapa sekolah kluster dan terpilih mulai tahun depan, sebelum diperluaskan kepada lebih 7,000 sekolah rendah seluruh negara.Penilaian berterusan akan dibuat sepenuhnya oleh guru terhadap murid sebaik memasuki Tahun Satu hingga Enam berdasarkan panduan piawaian yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).Berdasarkan format baru itu, murid yang tidak menghadiri peperiksaan kerana sakit, tetap diberi markah berdasarkan penilaian guru dan prestasi sepanjang persekolahan."

Nota: Sumber : Berita Harian (Oleh Wan Faizal Ismayatim)"

INFO SAINS

Cuba renungkan sejenak....Allah s.w.t. Maha Agung.....Maha Kaya....Maha Bijaksana

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi. Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km .
Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.
Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Petikan daripada Laman Web Sekolah.
Nota: Sumber : www.megasutra.com

Jumaat, 23 Mei 2008

PENANAMAN HIDROPONIK

Saya tertarik dengan kaedah penanaman hidroponik.

Alamat Laman Web Kak Wan saya terlupa dah....

Saya terjumpa langkah-langkah penanaman seperti dibawah :-

KAEDAH 3 T kerana ianya memerlukan 3 perkara asas:

PERTAMA : TANAM

Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter.
Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.
Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati.

KEDUA : TUNGGU

KETIGA : TUAI

PULAU BATU PUTIH


Saya terima SMS dari Malaysiakini pada jam 6:30 hingga 7:15 malam.

1st SMS : WorldCourt had decided that S'pore has ownership over Batu Puteh , while Malaysia has sovereignty over of two ofits rocky outcrop. /MKINI

2nd SMS : World Court voted 12-4 in favour of S'pore on Batu Puteh , 15-1 in favour of Malaysia on one of its two rocky outcrops , Middle Rocks. / MKINI

3rd SMS : World Court voted 15-1 on another rocky outcrop South Ledge belongs to the state in the territorial waters of whoich it is located. /MKINI

Saya juga sempat menonton Siaran Langsung TV1 Jam 4.00 petang tadi. Tapi....tak habis kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Terpaksa saya tinggalkan lerrrrr

Seterusnya saya mendengar berita TV3 Jam 8:00 malam bersamaan 23.05.2008.
Rumusan, Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menunjukkan keputusan secara amnya menunjukkan situasi Menang-Menang

Kedaulatan Pulau Middle Rock menjadi hak milik Malaysia
Kedaulatan Pulau Pasir Puteh menjadi hak milik Singapura

MUZIK

Semestinya......kehidupan kita seiring dengan muzik
kerana muzik sebahagian daripada kehdupan.
Tanpa muzik...kehidupan tidak akan lengkap
tanpa kehidupan... muzik tidak akan wujud
kerana kehidupan adalah muzik bahkan muzik adalah kehdupan

Setiap nafas akan menghasilkan muzik tersendiri
denyutan jantung umpama mentronome adalah asas muzik dalam kehidupan
kerana kehidupan tidak bererti tanpa indikator berkenaan

Begitu jugalah dengan dunia muzik kita
tanpa penggiat seni...muzik kita akan terhenti dan berdiri tanpa melodi
kerana irama dan lagu sememangnya tidak boleh dipisahkan
penggiat seni muzik dengan industri muzik adalah resepi pelengkap
kerana....halwa telinga akan terhibur dengan kombinasi segala-galanya

PANTAI TANJUNG SIMPANG MENGGAYAU

Bibir mu indah
persis sang pari-pari
Daku terpesona
keindahan menikam kalbu

Gigi muka putih bersih
persis kilauan intan permata
Daku jatuh cinta
jiwa terpikat dua dunia

Penampilan mu indah kebiruan
segak , tampan dan kemas dunia memandang
semenagnya Dia yang empunya
hanya Dia yang layak mendapat pujian
segala pujian-pujian hanya untuk Mu

HUTANG

alatan
Bila berhutang...kita kena fikir dulu
Jika mampu....biarkan tujuan kita betul-betul dan perlu

kerana kita mudah lupa dan masa terus berlalu
Kita akan malu...malu bila ketemu
malu hutang tak dilangsai
malu bukan lupa tapi pura-pura

Ingat lah !!!!
buka sepanjang masa kita senang
bukan setiap masa kita lari dari masalah
kerana masa akan membelenggu kita
kita akan sengsara kerana kita jua
hilang kejujuran di jiwa
hilang ketakutan di hati
dunia bukan selamanya
akhirat kena ingat jua...

CUTI SEKOLAH

Cuti Sekolah
Sekolah cuti
Pelajar cuti
anak-anak cuti
keluarga cuti
cuti-cuti semalaysia

biar bermanfaat
kerana masa bukan beku
masa terus berlalu
kita pasti akan tersedu

biar masa berlalu
semua akan rindu
kerana cuti sekolah
notalgia sungguh indah

PANAS

Hangat membara
Cubaan dunia
Belum lagi bara neraka
yang bisa meranap seluruh alam maya

Panas dunia
ujian dan cubaan
buat makhluk
yang sering lupa asal-usulnya

Belum lama masa berlalu
kita manusia sudah melatah
panas...panas....panasss !!!!
mulut tak pernah bersyukur
hanya kebaikan dipinta
segala kejahatan dicerca
itulah...manusia dan dunia

Bukan kekal lama
hanya sementara
bukan hidup lama
maut tetap tiba
kerana....
dunia hanyalah pinjaman
waspadalah kita sebagai peminjam

Selasa, 20 Mei 2008

AR-RAIHUL AHMAR

Angin Ahmar amat popular di kalangan kita.
Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati

Penyakit ini amat berbahaya dari lain-lain penyakit.
Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya maka melalui Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.

Klik LINK dibawah untuk mendapatkan doa tersebut.
http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/sejarah-doa-angin-ahmar.html

Isnin, 19 Mei 2008

PANASSSSSS

Cuaca sekarang ni dah tak menentu....
Kemarau dah berhari-hari dan masuk berminggu-minggu hari ini.
Dugaan ...Cobaaan..Cobaaannnnn....

Semua tak menjadi...
Minda tak dapat berfikir untuk menulis seperti biasa dek panas siang dan malam.

MENEBAS RUMPUT

Sememangnya kerja menebas rumput mengguna enjin sangat menyeronokkan.
Saya belajar menebas sejak tahun 2000 lagi.
Tapi tak la semahir abang-abang yang kerja menebas sepenuh masa.
Tapi, kita jangan malu bertanya pada mereka. Ilmu tetap dicari dan terus digali.
Tanamkan sikap Hati-hati , sungguh-sngguh dan Sabar.
Ini kerana kerja ini adakalanya menimbulkan masalah kepada kita seperti mata enjin rumput terkena batu , kayu , kaca dan sebagainya.
Cermin Mata Hitam semestinya digunakan.
Pakaian sama la dengan abang-abang kita yang buat kerja ni......

Yang penting, berani mencuba dan ada keyakinan diri.
Selamat Mencuba !

BELAJAR

Ada yang tidak minat belajar....
Tapi dalam masa yang sama dia belajar juga....
Sememangnya semua org suka belajar....
Kerana belajar tiada tiitik penamat ..
Selagi hidup...selagi itu kita belajar....

Tak Percaya ?

Cuba renungkan...

1. Kita dilahirkan sehingga umur 5 tahun...kita tetap belajar merangkak , berdiri , berjalan , berlari. Perasaan sedih , gembiran suka , riang , takut dan sebagainya kita tetap pelajari.
Sama kita belajar secara langsung atau tidak.

2. Umur 5 tahun dan 6 tahun dah mula belajar formal. Sekrang dah ada TADIKA , PRA SEKOLAH , etc

3. Umur 7 tahun hingga 12 tahun : Sekolah Rendah

4. Umur 13 tahun hingga 17 tahun : Sekolah Menengah Rendah / Atas

5. Umur 18 tahun hingga 19 tahun : STPM

6. Umur 20 tahun hingga 25 belajar di IPTA / IPTS etc

7. Bekerja.....

8. Pencen / Tak bekerja lagi

kitaran hidup kita itu sentiasa belajar....dan terus belajar.
Kita akan belajar sesuatu yang baru tanpa kita sedari dan kita ketahui.

Kerana proses belajar adalah seumur hidup....

Bahkan apabila saat kita meningal dunia, kita akan diajar mengucap 2 kalimah syahadah.
Bacaan Talkin juga dijalankan apabila kita dikebumikan....

Renungkan....Fikirkan secara positif !!!

SCHOOL OF SOCCER

Fitness for Footballers

1. Running
2. Shuttles runs
3. Fitness for defenders
4. Heading the balls
5. Players run with the ball...ribbles , short n long pass , control the ball etc....
6. Fitness for forward
7. Shooting
8. Stamina and speed
9. Fitness for midfield
10. Penalty kick

PASUKAN ARGENTINA

Pasukan kedua yang saya minat...

Pada pandangan saya,

Pasukan ini banyak menonjolkan skill individu daripada kerja berpasukan.
Gaya tanggo menjadi corak permianan Pasukan Argentina.

Dari sini la kia boleh belajar skill dan amalkan semasa perlwanan dijalankan.
Tengok dan tiru laaaa brader...

GAYA PERMAINAN BRAZIL

Sememangnya saya sangat meminati corak permianan Brazil.
Pasukan Brazil banyak mempengaruhi saya terus menguasai kemahiran bola sepak suatu ketika dulu.

Mengapa ?

- Gaya Samba
- Bola bergerak pantas, dimana bola bekeja keras dalam padang.
- Fizikal teknikal dan tektikal sangat tinggi
- Hantaran bola sejauh 40 meter dan kawalan bola yang sangat kemas
- Formasi - Menyerang , menguasai permainan dan pandai mengubah rentak permainan sekiranya pasukan lawan tidak memberi ruang untuk bergerak. Di sini nampaknya gaya dan daya fikir pemain-pemainnya yang sangat tinggi.
- Rentak permainan yang sangat lurus kerana semua sudut bola bergerak.
- Persembahan yang sangat menghiburkan. Piala Dunia akan hambar jika Pasukan Brazil tidak disenaraikan.
- Kekuatan mental dan fizikal
- Mempunyai kosistensi permainan
- Kerjasama pasukan menyerlang sepanjang permainan berjalan.

PASUKAN ITALI

Dulu saya suka bersukan terutama bola sepak.
Seronok giler.....
Bermain bola ...kena rajin belajar kemahiran bola sepak laaaa.

Saya suka mencari maklumat tentang kelebihan sesuatu pasukan.
Pasukan Itali juga salah satu daripada pasukan yang saya minat.

- Gaya lama iaitu " Catennacio "
- Kualaiti permainan bola sepak yang lebih inggi
- Pemain mempunyai mentaliti yang tinggi
- Semagat berpasukan
- Bercita-cita ingin MENANG sama seperti askar yang berperang
- Bijak dalam permainan bola sepak khasnya sepakan sudut dan strategi sepakan bebas.

DIEGO ALMANDO MARADONA

No 10 ?
Siapa dia ? Semua orag minat termasuk saya....
kerana ....

GREAT !!!!
- Destro Defence
- The quick flicks
- The long raking one
- Free kick ( Banana shoot ) ---> beta defencif walls and confound goalkeeper
- Arroganton on the bal skills that be wilder and panic
- Entire defences
- The irrespressible runs that few others can match
- Powerfull body with low centre of gravuty that frustrates defences attempts to hustle him off the ball


- When he gets the ball ,
1. Decides whether to run it...action fast and furuious==> effect : enemy in sight , rick and elude
2. Gap in defences -- Go for it and score a goal
3. Dummy sold--> Goal in sight
4. When a Goal keeper take out , ..Power not need this time : Trajectory positioned for the shoot !
5. Diliver one of those devastating posses --> temptation to like him
6. Call of these actions probably happen : - Enemy position ( Must check out ) , Plan of Action decided and Attack put into operation.

LIRIK LAGU : PENDIDIK BUMI KENYALANG

Pendidik Bumi Kenyalang
Berdiri teguh berjanji tetap setia
Membimbing mendidik putera puteri Sarawak
Menuju cita mulia

Kata pasti kami kota
Inilah sumpah yang kami semua janjikan
Berkhidmat berbakti dengan hati yang ikhlas
Amanah timbang rasa

Segala rintangan itu hanya cabaran
Bersatu setiap masa
Pupukan semangat perpaduan
Tingkatkan nilai kerja

Maju Sarawak bahagia
Kamilah pendidik pembentuk masa depan
Membimbing sentiasa walau di mana saja
Jujur setiap masa

Pendidik Bumi Kenyalang
Dari seluruh Negari Malaysia
Bersama menuju ke arah cita-cita

LIRIK LAGU : GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri Negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu…..membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikan

SELAMAT HARI GURU 2008

Memori Guru

Guru…
langkah gah mu
Merintis semangat kami

Guru…
Berkocak danau hati mu
umpama larva gunung berapi
kerana diracun kedangkalan kami
sabar mu tetap setia di hati

Guru…
Biarpun hati mu terluka
Biarpun Rasa mu terhina
Biarpun Jiwa mu tersiksa
semangat mu tetap membara
demi mendiidk anak bangsa

Guru…
Masa berdetik berlalu
Hari ditelan bulan
dan dekad memamah tahunan
kemajuan merobek zaman
Semangat cekal berterusan

Guru…
Muda dulu kini tua
bukan persoalan dan ukuran
kerana semangat “cikgu” terus bersemangat
dulu , kini dan selamanya
hari bersejarah tetap dinanti
Kerana …
Tanggal 16 Mei
Jasa mu dikenang jua
Cikgu muda atau tua….
Tanpa mu siapalah aku….
SELAMAT HARI GURU 2008

Selasa, 13 Mei 2008

KEK HOTEL 5 BINTANG

Bahan-bahannya:-

1 tin mentega 16 oz.
9 biji telur ayam
2 gelas gula halus
3 gelas tepung roti marie
1 tin susu manis
1 tin kecil milo
1 botol kecil horlick
Sedikit perasa esen vanila


Cara membuatnya:-

Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur ayam satu persatu.
Selepas itu masukkan tepung roti marie dan gaul hingga rata.
Masukkan susu manis dan esen vanila hingga sebati.
Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian dimasukkan milo dan satu bahagian lagi dimasukkan horlick.
Setelah semuanya sebati,, kukuslah dan lapiskan bahagian demi bahagian mengikut citarasa sendiri.

CERMIN DIRI

Sememangnya kita akan terus membuat kesilapan.
Cermin Diri boleh membaiki diri kita daripada terus hanyut dalam arus kesilapan.
Hal demikian patut dibuat sebelum ombak kesalahan dengan dosa dan noda meragut keimanan kita.
Kaedah yang paling baik adalah dengan bersendirian dan menjalankan renungan kendiri.
Dengan bantuan sehelai kertas dan sebatang pen, kita akan menyenaraikan segala kebaikan dan keburukan yang kita telah lakukan.
Selepas itu, cermin diri kita dengan penuh keinsafan. Buat dengan kesungguhan dan kesabaran, nescahya kita akan mengenali diri kita dari 2 perseksi. Biarkan diri kita seimbang sama ada dari segi emosi,jasmani,mental dan spiritual.
Sememang kita pasti berjaya dan menemui diri kita yang sebenar.

PERASAAN 2 JIWA

Kadang-kala kita hairan terhadap manusia yang suka merubah corak hidup.
Persoalannya ;
Mengapa Perempuan suka menjadi Lelaki ?
Mengapa Lelaki suka menjadi perempuan ?

Suatu masa yang terjumpa manusia berkenaan dan terus bertanya untuk mendapatkan maklum-balas secara spontan.

Berikut adalah jawapan mereka...
1. Mengapa perempuan suka menjadi lelaki ? [ Diajukan kepada Tomboy ]
Jawapan : Kalau jadi peempuan , tak ada lelaki yang minat !

2. Mengapa lelaki suka menjadi peempuan ? [ Diajukan kepada pondan ]
Jawapan : Ingin perhatian kerana ketika menjadi lelaki berasa tersisih dan tidak dipedulikan.

Entah lah.....saya pun sukar mencari jawapan kenapa berlaku pertukaran watak berkenaan.

HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU

Kita biasa mendengar pepatah " Hidup Segan Mati Tak Mahu ".
Kebiasaannya, selaku manusia biasa....kita akan berasa gembira apabila hidup di muka bumi ini dengan penuh kesenangan.
Kesennagan itu mellupakan kita bahkan melalaikan kita tentang perkara yang tidak pernah kita inginkan seperti kesusahan.
Kesenangan disini saya fokskan kepada kesihatan. Badan sihat...hati senang...
Kesusahan disini datang apabila kita ditimpa penyakit teruk.

Justeru itu, timbullah pepatah " Hidup Segan Mati Tak Mahu "....

apa tidaknya....nak hidup seperti dahulu ....tak dapat kerana sakit !
Lebih-lebih lagi kalau yang suka joli sana sini....

Bila teringat sakit ... nak hidup tak nak juga..
Kadang-kala pesakit tersebut mengutuk penyakit yang dihidapainya. Malah ada yang sanggup membuat kenyataan, " Lebih Baik Mati daripada menanggung penyakit ".

Kadang-kadang kita tersentak dengan perlakuan manusia seumpama itu. Harap kalian menilai diri masing-masing supaya tidak tergolong dalam kategori berkenaan.
Cuba kembali ke pangkal jalan sebelum meneruskan ucapan yang bisa mengundang malapetaka.

Ahad, 11 Mei 2008

PENGAJARAN PEMULIHAN YANG EFEKTIF

Apabila saya membaca buku ilmiah yang pelbagai...saya telah menemui cara yang efektif untuk membantu murid pemulihan dalam pelajaran.
Berjaya atau tidak...belum cuba....mana kita tahu !

Ingat !
semua manusia mempunyai bakat.
Cuma bezanya adalah cepat dan lambat untuk menguasai sesuatu perkara.

4 cara adalah seperti berikut :-

1. Pengetahuan tenang konsep dan atruktur dalam subjek
2. Teori-teori kognitif tentang perbezaan individu
3. Pengetahuan tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar
4. Pengetahuan asas untuk bantu mereka dari segi pedagogi. pilih strategi p&p yang sesuai untuk membantu mereka memahami onsep , fakta asas ( jika ada ) dan prosedurnya.

Maklumat tersebut hanya untuk perkongsian kita sahaja .
Ini kerana banyak lagi faktor yang menjadi punca yang perlu diambil kira.

HANPON ~ DRAMA RINGKAS

" Dunia adalah pentas lakonan, Manusia adalah para pelakonnya."

Bigitulah petikan kata-kata hikmat orang bijaksana.

Dunia semakin maju,
Keluarga duduk semeja untuk makan malam di sebuah restauran , kedai makan atau gerai makan.
Masing-masing berlakon dengan watak yang diarahkan oleh zaman moden.

Si Ayah menelefon dan berbincang tentang urusan bisnes
Si Mak sering membalas SMS kepada sahabat dan rakan sekerjanya
SI Anak pula mendengar muzik untuk hiburan
Si Anak juga mengutamakan GAME sambil menonton Movie

Umpama jasad kehilangan semangat kehidupan.

Adakah kita serupa dengan mereka....Tepuk Dada Tanya Diri Sendiri

SAKIT GIGI

Sakit Gigi...Tampal koyok....

Begitulah sinonimnya ayat di atas yang sering kita dengar sekiranya seseorang itu mengidap sakit gigi.

Semuanya adalah :
Cubaan....ish...ish....ish...
Cubaan....ish...ish....ish...
Cubaan....ish...ish....ish...

Kenapa dengan ujian begini kita lupa dengan nikmat sebelum ini ?
Biarkanlah gigi kita sakit kerana gigi sudah banyak jasa kepada kita sebelum ini.
Sakit gigi sehari.....kalau umur mencecah 30 tahun....maka kita patut bersyukur.
Jangan lah mencerca dan menghina diri sendiri.
Bayangkan....Sehari Vs 30 tahun ....Jadi, bersabar laaa

Kalau nak cari uba paling Mujarab ....CABUT GIGI adalah jawapannya !

BATU PERMATA

Sememangnya Batu Permata yang digunakan oleh Pencinta Cincin mempunyai banyak khasiat dan maksud tersirat .
Sebagai contoh, batu Berlian , Ruby , Giok , Kecubung , Zamrud , Cempaka , Pirus , Delima , mutiara dan banyak lagi.

Walaupun demikian , ianya adalah sekadar bahan-bahan hiasan sahaja. Kalau kikta terlalu percaya sangat dengan khasiat dan maksud tersirat....kita akan merana nanti. Biarlah ianya berlalu dan jadikannya sebagai hiasan untuk diri kita.

HARI IBU

Setiap Tahun tanggal 11hb Mei , kita semua akan menyambut Hari Ibu dan mengucapkan " Selamat Hari Ibu " kepada emak kita.
Walaupun tanggal tersebut telah ditetapkan , namun saya akan menyambut Hari Ibu selagi ada nafas di bumi Allah. Ibu adalah segala-galanya.

IBU TERSAYANG

Oh Ibu....
Biar pun usia mu berkurun sudah...
Namun wajah pahlawan mu masih bisa mengegarkan dunia ini

Oh Ibu....
Biarpun tubuh mu tak sekuat dulu...
Namun semangat mu masih bisa mengalah musuh di medan kehidupan

Oh Ibu...
Biarpun kita kehilangan pemimpin bijaksana
Namun kita masih bisa meneruskan kehidupan
kerana kita akan tetap bahagia di dunia dan akhirat ....selamanya

Ibu tersayang.....
kami adalah perisai tanpa batasan waktu
Ibu tercinta...
kami tetap seperti bayi mu sehingga kini
Ibu yang dikasihi...
semangat ayah kekal abadi di lubuk sanubari

semalam, Hari ini , Hari esok dan mendatang..
nama Ibu tetap basah di bibir ini
apatah lagi nama ayah yang sudah pergi selamanya
tetap bermain di jambatan bibir kami

Kami ucapkan , " Selamat Hari Ibu "

Sabtu, 10 Mei 2008

MANUAL INSTALLATION & SETUP UNTUK STREAMYX

Haaa...kepada rakan-rakan yang nak guna Streamyx, maklumat ni saya dapat daripada forum Komputer.

Setelah PC Server boleh ‘ON’ seperti biasa,

klik pada : Control Panel > Network Connections

Pastikan terdapat 2 ikon Local Area Connection Perhatikan ikon yang tertulis Intel ………………..

SAHAJA dimasukkan IP Address (192.168.0.1)

Kemudian Create a new connection > New Connection Wizard > Next

Pilih Connect to the Internet > Next >
Set up my connection manually > Next >


Connect using a broadband connection that requires a user name and password > Next >


Sila masukan Username & Password STREAMYX PID pada ruangan berikut :

JANGAN ‘TICK’ pada Turn on Internet Connection Firewall > Next


Masukkan ISP Name contohnya TMNET atau Streamyx > Next



Double klik pada ikon TMNET atau Streamyx yang terdapat dalam Network Connection. ‘JANGAN’ terus klik connect! Klik pada Properties dahulu.

Pergi ke Advance Tab > Internet Connection Sharing
‘Tick’ pada,

√ Allow other user……….

Dan buat pilihan pada,

Home Networking Connection pilih Local Area Connection







PREPAID

Antara intipati untuk berjaya di MasterEload;

1. Strategi 5 x 5. (Sila rujuk posting saya di screen shot agen ME)

2. Sentiasa memperingati downline anda yang kurang aktif pada setiap 20hb.

3. Banyak membaca maklumat di website & forum supaya anda tak kaku bila nak membuat promosi.

4. Rajin mempromosi MasterEload. Berkenaan hal ini, nasihat saya;

a. Target utama ialah golongan x2 seperti berikut;

i. Pekedai runcit
ii. Kawasan pedalaman
iii. Cyber Cafe
iv. Stall burger, goreng pisang, nasi lemak, restoran etc.
v. Pelajar sekolah dan IPTA/IPTS.
vi. Adik beradik, saudara mara, rakan x2 etc.

b. Terangkan betapa mudahnya nak order prepaid melaui SMS dan ONLINE.

c. Terangkan kelebihan MasterEload.

Antaranya;
i. Pelbagai produk Digi, Celcom, Maxis, iTalk etc.
ii. Pelbagai bank disediakan untuk kemudahan top up modal.
iii. Kemudahan order top up modal dan prepaid melalui ONLINE.
iv. Kemudahan support SMS 24 jam. v. Tak perlu modal yang banyak nak mulakan perniagaan ini.

5. Banyak bersabar.
Mungkin bulan ini anda cuma dapat komisyen kurang dari RM5, bulan depan RM100 dan bulan seterusnya RM10.
Semua ini bergantung kepada jumalah sale kumpulan anda. Mana ada dalam dunia ni syarikat yang tak pentingkan sale.

Kalau berminat , Daftar kat Sini...saya pun bisness yang ni Tapai untuk sendiri sahaja.

http://www.mastereload.biz/?azizi505

KECERDASAN EMOSI

"Mood" ini boleh mengubah peribadi seseorang yang akhirnya dapat menjejas kedudukan dan hubungan mesra antara individu

Mengikut Daniel, kecerdasan emosi adalah situasi di mana aspek rohaniah perlu diberi keutamaan dalam kehidupan kita terutamanya dalam situasi bekerja.

Kecerdasan emosi melibatkan proses:-
1. Kesedaran kendiri (self-awareness)
2. Disiplin kendiri
3. Memahami perasaan dan isi hati orang lain .
4. Mempunyai kemahiran intra dan inter personal yang baik untuk berkomunikasi.
5. Dapat mengawal perasaan

Rujukan :
Utusan Malaysia
KECERDASAN EMOSI MENSTABILKAN DIRI INDIVIDU
Oleh: DR. ISMAIL ZAIN
[Jendela Minda, Titian Mesra: Berita Perak]

PERSOALAN AGAMA

Buku berikut boleh membantu kita dalam menjawab persoalan Agama Islam.
Diselenggrakan oleh H.M. TUAH ISKANDAR.

Alhamdulillah, kemusykilan yang saya hadapi sebelum ini terjawab seteah membaca buku tersebut. Selain itu, kita hendaklah merujuk kepada orang yang lebih tahu tentang persoalan agama ni seprti Ustaz , Tuan Imam Masjid/Surau , dan individu yang mengetahui tentang hukump-hakam Agama ISlam.

Semoga kalian memiliki buku di bawah untuk rujukan :

1. 600 Kemusykilan AGAMA ( Jilid 1 )

Oleh :
Ustaz Dato Haji Ishak Baharom
Ustaz Haji Ismail Kamus
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Jaafar Salleh

2. 600 Jawapan Kemusykilan AGAMA WANITA ( Jilid 1 )

Oleh :
Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Ustaz Mohamad Abdul Rahman
Ustazah Rohani Mohamad

SENIMAN AGUNG

Saya sangat mengkagumi bakat Seniman Agung Negara kita, ALlahyarham Tan Sri P.Ramli.
Saya mengikuti setiap filem beliau semenjak saya berada dalam Tahun 1 sehingga sekarang. Hampir 4 dekad dah saya menonton filem beliau namun tidak ada sedikit pun rasa bosan...malah menyeronokkan.
Skrip yang diucapkan secara spontan menghidupkan watak pelakon-pelakon dan jalan cerita. Kesannya juga sampai kepada saya sebagai seorang penonton.
Memang padan dengan nama dia...P.Ramli

P=Pelakon
P=Penyanyi
P=Pelawak
P=Penghibur
P=Penerbit
P=Penggubah lagu
p=Pemuzik
P=Penulis lirik

PERUBAHAN ???

Mengapa tidak mahu perubaan ?

1. Mudah puas hati
2. Tidak mahu bersusah payah untuk membuat perubahan
3. Takut kepada perubahan
4. Pada pendapat mereka , apa yang telah dicapai cukup baik selamanya.
5.Tidak mahu dan tidak sanggup berfikiran terbuka dan berfikiran besar
6. Tidak tahu cara membuat perubahan
7. Pasif...bukan seseorang yang pro-aktif

FOREX ~ TIME ZONE

Tokyo Open===> 7:00 pm ( EST ) / 0:00 am( GMT)

Tokyo Close===> 4:00 am ( EST ) / 9:00 am( GMT )

London Open ===> 3:00 am ( EST ) / 8:00 am( GMT)

London Close===> 12:00 pm ( EST ) / 5:00 pm ( GMT )

USA Open ====> 8:00 am ( EST ) / 1:00 pm ( GMT )

USA Close =====> 5:00 pm ( EST ) / 10:00 pm ( GMT )

FOREX ~ IME ZONE

Ramai kawan-kawan FX trader menyarankan waktu berikut untuk mendapatka pips.
Mereka katakan waktu puncak yang menguntungkan walaupun 8 ke 10 pips.
Mereka menytaakan bahawa masa yang sesuai adalah 2 hingga 3 minit sebelum waktu berkenaan.

Namun, sebagai manusia....baca dan fahamkan kemudian nilai.

5:00 pagi
2:30 petang
8;30 Petang
1200 Tengah malam

BANNER !!!

Berikut adalah pandangan sahabat saya sarankan untuk menghasilkan Banner. Belia menggunakan Perisian MacroMedia Flash dan SwishMax.

1. saiz banner
2. Warna Tulisan dan Latar belakang
3. Maklumat yang dikehendaki

Saiz seperti berikut :

Full Banner : 468 X 60
Haft Banner : 234 X 60
Square Banner : 125 X 125
Button : 120 X 60

PERASAAN

Perasaan sukar dihuraikan kerana ianya Abstrak.
Perasaan akan menjadi hala tuju kita untuk bertindak-balas....sama ada positif atau negatif.
Namun, akal fikiran sahjaa boleh memandu arah mana hala tuju kita setelah perasaan wujud di hati kita...
kalau marah......maka negatif la tindakan kita. Akal fikiran kita lah yang meneutralkannya.
Elakkan Nafsu Amarah menguasai diri kita.
Jadilah seorang manusia yang sabar dan berfikir sebelum bertindak dengan terburu dan melakukannya.

Ingatlah...

Ikut Suka.....Duka
Ikut Rasa....Binasa
Ikut Hati.....Mati

KOS STUDIO RAKAMAN

Proses rakaman memang menyeronokkan...Ada yang sampai berjam-jam untuk rakaman suara...begitulah sebaliknya. Kos rakaman tidak tetap dan berubah memgikut kepakaran seseorang Jurutera Bunyi , Kualiti Studio dan Tempoh masa kerja dijalankan.

Untuk maklumat anda, kos rakaman yang saya dapat daripada teman-teman adalah seperti berikut :-

DEMO CD~ 10 buah lagu
Rakaman , Suntingan dan Adunan => RM4000


MASTER CD ~ 10 Lagu
Rakaman , Suntingan , Adunan bunyi => RM6000

Nota : Sekarang mungkin dah b erubah....

Jumaat, 9 Mei 2008

HARI KANAK-KANAK

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober.


DEFINASI.

Mengikut tafsiran dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, kanak-kanak bererti " seseorang yang berusia dibawah 18 tahun"

2 OBJETIF UTAMA SMABUTAN HARI KANAK-KANAK :-

1. Satu penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap kanak-kanak dan hak mereka,
2. Untuk menyedarkan setiap golongan masyarakat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

HAK KANAK-KANAK.

1. Persefahaman dan kasih sayang.
2. Pemakanan seimbang, perumahan, rawatan dan rekreasi.
3. Pelajaran asas percuma dan pendidikan sempurna.
4. Pembesaran, perkembangan fizikal, mental dan moral yang murni.
5. Pemberian nama dan kewarganegaraan.
6. Penerimaan rawatan khas sekiranya cacat.
7. Pertolongan utama didalam kecemasan dan malapetaka.
8. Perkembangan didalam suasana keamanan dan persaudaraan sedunia.
9. Perlindungan daripada sebarang pengabaian, kekejaman dan eksploitasi.
10. Peluang untuk menikmati hak-hak ini tanpa mengira jantina, agama, fahaman politik serta asal usul dan keturunan.

LAGU TEMA HARI KANAK-KANAK

di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa semua tidak berbeza
dipersada kini
kau teguhkan kini perpaduan, kedamaian
kami tersenyum,
kami gembira
hilang duka dan derita
curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cintasa
sama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang
Yang Maha Kuasa
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman

PENYUCIAN DIRI

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2. Lidahmu basah denganberzikir kepada Penciptamu,

3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan

4. Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

SAHABAT

Nasihat al-Qamah:

Lima cara pilih sahabatNASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia sukamencukupi keperluan

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatudaripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Khamis, 8 Mei 2008

KITA SEMUA ADALAH KETUA , PENGURUS DAN PEMIMPIN

Jika anda seorang ketua , pengurus atau seorang pemimpin dalam sesuatu organisasi , adakah anda memiliki sikap berikut :-

1. Senyuman
2. Teguran dan keperihatinan
3. Semangat yang kental
4. Dedikasi terhadap tugas
5. Kesungguhan dan kemampuan yang tingi
6. Gaya kepimpinan tidak mengenal taraf dan kedudukan sesorang
7. Senang bergaul dengan semua rakan sekerja
8. Memuji kakitangan di khalayak ramai dengan ikhlas
9. Mengkritik dalam keadaan tertutup
10. Tidak mmepersendakan orang lain di hadapan ramai
11. Humour " , Tegas dan Keseriusan
12. Seorang yang warak dan Alim.

Kita sebenarnya memimpin diri kita sendiri. Maka semua kita adalah pemimpin , pengurus dan ketua.

HISAB DIRI ANDA ?

MEMBACA

Membaca merupakan kuci kepada pengkayaan ilm.
Membaca apa sahaja bahan yang mereka fikirkan dapat mendatangkan hasil , lebih-lebih lagi bahan-bahan yang dapat membina serta mempertajamkan minda. Bacalah bahan-bahan ilmiah.

ANDA DI MANA ?

Tabiat Buruk Tabit Baik Tabiat Cemerlang
1. Malas 1. Rajin 1. Dedikasi
2. Ponteng 2. Bekerja 2. Komitmen
3. Kasar 3. Lembut 3. Ikhlas
4. Lewat 4. Cepat 4. Amanah
5. Tidak Menepatin masa 5. Menepati masa 5. Lebih masa cukup
6. Tidak suka membaca 6. Membaca 6. Berushaa mencari ilmu
7. Angan-angan 7. Bercita-cita besar 7. Memburu kecemerlangan
8. Individualistik 8. Kerjasama 8. Muafakat . Musyawarah

KNOWLEDGE IS POWER

Untuk Renungan Bersama....

=> Tiada erti mempunyai kuasa tetapi tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

=> Tidak ada erti ada kuasa tetapi yang berkuasa tidak berpengetahuan.

GURU

Seseorang guru melihat masa depan yang baik untuk anak muridnya. Jika kita meminati karier guru , kita mesti mempunyai minat , dedikasi , komitment , kesunguhan , motivasi dan sebagainya.

Ada 3 Kategori Guru :-

1. Guru - Seorang manusia yang memiliki kemahiran pedagogi untuk memantu muird dalam pelajaran dan membentuk modal insan.
2. Buku - Guru yang paling baik kerana tidak pernah memarahi kita. Namun , tidak ramai yang mahu membaca buku.
3. Pengalaman - merupakan guru yang mengajar kita untuk direnung selama-lamanya. Lakukan refleksi kendiri sepanjang masa.

NASIHAT

Nasihat
- Untuk membina dan merangsang kkuatan intelektual.
- Bertujuan baik
- Sepatutnya didengar dan diterima dengan jujur

Faktor-faktor yang mempengaruhi nasihat supaya diterima dengan baik.
1. Waktu
2. Tempa
3. Emosi
4. Suasana dan sebagainya.

Sekiranya faktor-faktor di atas tidak diambil kira ,maka akan menimbulkan kegelisahan dan keaguan si penerima nasihat.

Menurut Imam Ghazali , " Nasihat yang baik akan memberi manfaat yang banyak , tetapi nasihat yang bunyinya baik tetapi mengandungi unsur menakutkan boleh merosakkan."

Van Parkad , dalam bukunya berjudul " Hidden Persuaders" menyatakan bahawa kata-kata yang lembut dan mengandungi unsur simpati adalah bat yang paling mujarab.

ALATAN STUDIO RAKAMAN

Senarai Alatan Studio :-

Digital Audio Workstations ( DWS )

-AMD XP 2.6000+ / Pentium IV
-125 GB Ram
- 2 Western , Digital HDs ( 120 GB )
- Aardvark Q10 Sound Cards ( Interfaces )
- CDRW / DVDRW

Software

- Window XP
- Cool Edit
- Cakewalk
- Sound Forge
- Pro Tools
-Cubase
-MoTu


Microphone

- Audio Technica Pro35x
- Beyer Dynamic M88
- Marshal V69 Tube Mic
- Rode NT3
- Rode NT5 ( Pair )
- 3 Sennheiser E604s
- Shure SM57
- Neumann U67
- AKG 414’s

HOME STUDIO EQUIPMENT


Berikut adalah " Home STudio Equipment " untuk rujukankita bersama :-


1. Mixer

2. Compressor

3. Pre-Amp

4. Monitor

5. Guitar Amp

6. Microphone

7. Drum Triger

8. Satu set Komputer :-

Spec : 1. MOBO & Processor Pentium IV ke atas

2. RAM 256DDR ke atas

3. Sound Card Audigy PLatinum

4. Monitor 17" ( 2 biji )

5. Display Card power dan Laju

6. CDRW / DVDWR

KENALI DIRI ANDA ?

Manusia terbahagi kepada 4 golongan :-

1. Golongan pertama
- Prang yang tahu bahawa dia tahu, maka dia seorang yang alim dan bijak pandai, hendaklah kamu ikutnya.

2. Golngan kedua
- Orang yang tahu tetapi dia tidak tahu bahwa dia tahu , maka dia seorang yang lalai , hendkalah kamu memperingatinya.

3. Glongan ketiga
- Orang yang tidak tahu tetapi dia tahu bahawa dia tidak tahu , maka dia seorang pelajar , hendaklah kamu ajarkannya.

4. Golongan keempat
- Oran yang tidak tahu dan dia tidak tahu , maka dia seorang yang boodh , hendaklah kamu jauhi dia.

SYAITAN 3 ZAMAN

Saya petik kisah Syaitan 3 zaman dari satu forum. Link web berkenaan saya tak ingat lagi...



Tersebut alkisah 10 tahun duluuuuuu

Kisah sekor chief setan yang merayau rayau melihatpara para setan setan gondol membuat kerja........sampai di satu tempat lalu bertanya la dia....

chief setan : " Lo amacam kerjo kamu ?
setan jr :" Kena kerja kuat boss kat sini semua orang kuat agama,semua orang kuat sembahyang. berpuasa boss"
chief setan : "Ok so aku mau kamu kerja lagi ... mesti mau kerja keras"
setan jr :" Ok boss...Lalu pulang la Chief setan itu ke Istana nya


........Selepas 5 tahun datang kembali Chief setan menjenguk anak buahnya membuat kerja...

chief setan : " Joe amacam kerjo kamu ?
setan jr :" Ok boss kat sini semua ok so far so goood boss"
chief setan : "Ok so just keep it up"
setan jr :" Ok boss...Lalu pulang la Chief setan itu ke Istana nya dengan gumbiraaaa

.......Sekarang datang lagi tahun melawat maka kembali lagi Chief setan menjenguk anak buahnya membuat kerja...Lalu amat marah Chief setan melihat para para setan sedang syok tidoooo

chief setan : " Hoi !!! ini kerja kamu ye menbuta aje.....
setan jr : " errr tak boss kami ... kami.. sebenarnya
chief setan : " apa cakap sekarang "
setan jr : "Sebenarnya mereka lebih jahat dari kita orang bossperangai dia orang pun mengalahkan setan dah boss. Sekarang tak payah goda mereka dah boss"

Maka pulang la Chief setan itu ke Istana nya dengan lagi gumbiraaaa........

SAAT SAKRATULMAUT

Saya terjumpa kaedah membantu orang yang nazak yang menghadapi Sakratul Maut.
Diharap kita dapat mengamalkankan ke atas mereka yang nazak pada masa depan.

Masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut.

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untukmembaca surah Yasin -
yang lain2 bole bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai
perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa
belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa
beliau.
iv.Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau
untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan
menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga ini dapat
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah
kita dalam menghadapi sakaratul maut.
Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

FOREX ~ KESILAPAN TRADER BARU

Kebanyakan trader baru seperti saya mengalamai banyak kelemahan.
Selalunya forex trader yang baru-baru belajar atau baru menceburi bidang ini akan melakukan beberapa kesilapan besar. Kesilapan ini nampaknya remeh, tetapi memberikan impak besar terhadap KEUNTUNGAN atau MARGIN yang digunakan. Akibatnya berlakulah 'floating' yang banyak.
Antara silap besar trader ialah:
1. Tidak sabar
2. Tamak - yang membawa kerugian besar apabila 'floating' menjadi semakin besar
3. Terburu-buru meletakkan posisi 'trade'
4. Melanggar arahan (daripada pembimbing) atau trading tidak ikut peraturan
5. Tidak peka dengan berita-berita besar yang menjejaskan pasaran kewangan
6. Tidak mengawal 'available' sehingga ada 'trade-post' yang di-'close'kan oleh broker kerana kehabisan 'available'
7. Gagal mengawal emosi - sehingga ada yang jatuh sakit

ASAS FOREX

Apa Itu FOREX?

Forex adalah singkatan kepada Foreign Exchange iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex adalah transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang ini ditransaksikan melalui broker dan dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).Antara simbol-simbol yang biasa digunakan dalam forex:EUR = European EuroUSD = United States DollarGBP = Great Britain PoundJPY = Japanese YenCAD = Canadian DollarCHF = Confederatio Helvetica (Latin for Swiss Confederation) FrancNZD = New Zealand DollarAUD = Australian DollarNOK = Norwegian KronaSEK = Swedish Krona

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN

Bukan semua kanak-kanak mempunyai kelebihan dan kecedasan yang sama...
Rambut sama hitam tetapi ada perbezaan yang nyata.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN ?

A. Emosi dan tingkah laku
- Perasaan risau dan rendah diri
- Perasaan sedih atau hiba atau duka
- Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
- Perasaan takut akan perkara-perkara baru
- Degil , tidak patuh kepada peraturan-peraturan dan suka melawan

B. Sosial
- Gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan.
- Murid-murid lain benci kepadanya
- Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau menggigit jari
- Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alas an
- Bohong dan kadang-kadang mencuri

C. Kesihatan
- Lemah tubuh badan serta kurang zat makanna
- Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang ( gemuk , kurus )
- Tumpuan perhatian terhad
- Lemah gerak motor-kasar dan halus
- Kesihatan terganggu seperti sellau sakit , sakit terlalu lama dan teruk

D. Kesediaan Belajar
- Belum bersedia untuk belajar
- Perbendaharaan kata kurang
- Lemah pemahaman
- Kurang percaya terhadap diri sendiri

E. Pengamatan
- Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan urutan
- Lemah pendengaran bunyi dan daya pemikiran
- Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
- Lambar kengkelaskan benda
- Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yangbaru.
- Tidak dapat menyelesaikan masalah , Sukar buat kenyataan am
- Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang
- Lemah pergerakan dan perbuatan
- Tidak boleh mengingat kembali

KEK RESEPI KEJAYAAN

Bahan-bahannya :
»250 gm Daya usaha
»100 gm Kesabaran
»100 gm Keimanan
»190 gm Keinsafan
»150 gm Campuran Akhlak Mulia
»8 sudu the rasa tanggungjawab
»200 gm senyuman secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul hingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia, Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiasilah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
Up: Untuk mendapatkan kek kejayaan yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

RAHSIA MENJADI PENCERAMAH

Berikut adalah rahsia seseorang penceramah yang cemerlang. Saya dapat maklumat daripada abangprofesional yang sudi berkongsi ilmu. Jadi, baca dan fahamkan.
Semoga kita menjadi penceramah yang berkesan.

1.Unexpected---diluar jangkaan penonton
2.Concrete - berdasarkan kajian
3. Credible - disampai oleh ornag yang berkelayakan
4. Emotion- berjaya memainkan perasaan penonton dan STORY - bercerita, bukan membaca
slide.... kerana penontoton pun boleh baca slide malah lebih cepat dari presenter

Selain itu, cuba baca juga tentang Personaliti Plus...mengenali personaliti manusia.
4 jenis personaliti :
1. Sanguine - personaliti suka menonjol.......suka dikenali...suka segalanya cepat....
2. Melancholi
3. Choleric
4. Phlegmatic

FOREX ~ FUNDEMENTAL TABLE => NEWS FOR FOREX

CCI NEWS
Consumer Confidence Index
Masuk 1st Tuesday each month : => 10:00 pm MY / 10:00 am EST


CPI
Consumer Price Index
Masuk Around 20th Each Month : => 8:30 pm MY / 8:30 am EST


EMPLOYMENT REPORT
Department Of Labour
Last Friday of Each Month => 8:30 pm MY / 8:30 am EST


EMPLOYMENT SITUATION REPORT
Bereau of Labour and Statistic
Masuk First Friday each month => 8:30 pm MY / 8:30 am EST


FOMC MEETING
Federal Open Market Committee
US Federal Open Market Committee
US Federal bank Representatives
Hanya 8 kali setahun => 2:15 pm MY / 2:15 EST


GDP – GROSS DOMESTIC PRODUCT.
Department of BEA ( Bureau of Economic Analysis )
Masuk Last Day of Quarter : => 8:30 pm MY / 8:30 am EST


ISM REPORT
Institute Supply Management Manufacturing Index
First Business day the month : => 10:00 pm MY / 10:00 am EST


MCSI
Michigan Consumer Sentiment Index
Masuk First of Each Month
Covers Previous Months Data


NFP
Non Farm Payroll
First Friday Each Month :=> 8:30 pm MY / 8:30 am EST


PMI
Purchasing Manager Index
First Business Day Each month : => 10:00 pm MY / 10:00 am EST


RETAIL SALES DATA
( RETAIL LESS AUTOMOTIVES )
Retail Sales Data Around 12th Each Month :=> 8:30 pm MY / 8:30 am EST


TANKAN SURVEY BANK OF JAPAN ( BOJ )
Issued by Central bank of Japan.
4 Times a year
Masuk April / Julai / Oktober / Mid December :=> 10:50 am GMT



TIC ( TRESURY INTERNATIONAL CAPITAL ).
Data on Transaction in Long term Securities.
Department of Tresury.
Masuk around 12 working day of each month; => 9.00 am EST.
Covers month before previous data.


TRADE BALANCE.
Department of Commerce.
Masuk Second week of each month ; => 8.30 pm MY / 8.30 am EST,
Covers month before previous data.


BUDGET STATEMENT MONTLY.
Department of Tresury.
Showing the montly budget deficit or surplus.


COMPOSITE INDEX OF LEADING INDICATOR.
The Conference Board.
Masuk Around 20th each month ; => 10.00 pm MY / 10.00 am EST.



CURRENT ACCOUNT.
BEA ( Bureau of Economic Analysis )
Masuk Quarterly: => Around six weeks after quarter end.


DURABLE GOOD.
BOC ( Bureau of Census )
Masuk Four week of each month: => 8.30 pm MY / 8.30 am EST.


GDP PRICE DEFLATOR.
BEA ( Bureau of Economic Analysis )
Masuk Last day of the quarter : => 8.30 pm MY / 8.30 am EST
Cover previous quarter data.


HOUSING STARTS.

E-BOOK : CARA MEMBUATNYA

Tiga langkah sahaja dalam membuat sesuatu ebook :

1. Pilih topik
2. Cari bahan
3. Tulis!
4. Siap


Format yang di gunakan iaitu fotmat Landscape A4 .

Cara membuatnya adalah :

1. Buka document baru dalam word
2. Pergi ke file di bar paling atas itu. Click ia daripada drop-down menu itu, pilih “Page Setup” .
3. kemudian pilih “Landscape” (di bahagian orientation bergambar huruf A)
4. Kemudian di tab atas, klik tab “Paper”
5. Di menu “Paper Size”, klik dan pilih A4 21×29cm
6. Klik OK

Sebab musabab format tersebut digunakan adalah semata2 kerana ia unik!
Sesuatu yang unik akan kelihatan ekslusif dan memberi user experience yang lebih best.
Kemudian kandungan akan dibahagikan kepada 2 bahagian di mana sebelah kiri adalah untuk gambar (jika ada) dan sebelah kanan untuk tulisan.

Cara nak membuatnya:

1. Perhatikan di atas word document anda (kertas putih) terdapat semacam pembaris.
Ia adalah left-right margin of your text.
2. Drag line penghujung yang berwarna putih ke tengah2.
3. Sekarang, text anda akan bermula daripada bahagian tengah kertas:-
Seperti apa yang kita mahu!
4. Selebihnya adalah kepelbagaian format text (bold, color, italic, font-type) untuk memudahkan pembacaan dan membuatkan content kelihatan menarik.

Berikut adalah tips2 untuk membuat content ebook anda nampak professional:

1. Pastikan penggunaan font yang sesuai. Ia termasuk size font, type, color, indent (or not), jarak
antara font, jarak antara baris dan yang sewaktu dengannya.
2. Dicadangkan supaya penggunaan font-type Arial/Verdana dengan size antara
9px-11px kerana ia mudah untuk dibaca di skrin komputer.
(semua formating ini boleh di set di bahagian Format>font dan Format>paragraph)
3. Pastikan penggunaan gambar adalah efektif.
Gambar mestilah memberi efek yang di kehendaki agar user experience tidak terganggu.
4. User experience adalah the most important factor.
Buatlah apa sahaja asalkan user experience tidak terganggu.
5. Penulisan biarlah dalam bentuk cerita dan rumusan. Ia lebih mudah di fahami dan menarik!
6. Lebih ringkas dan tepat penyampaian anda adalah lebih baik.
Asalkan mesej yang hendak di sampaikan di terima oleh pembaca.
7. Bilangan muka surat adalah terpulang pada budi bicara masing2.
Jangan tambah page semata2 untuk menulis repekan yang tidak berfaedah.

Baiklah sekarang, sampailah pada part yang paling penting. Setelah siap semua penulisan dan formating ebook dalam bentuk Word Document (*.doc) , cari software converter yang akan menukar format word (.doc) ke dalam format .pdf . Ramai kawan-kawan menggunakan perisian Primo Pdf Converter . Cara nak menggunakannya telah tertulis dalam ebook yang di sertakan sekali dengan downloadable software nya, jadi rujuklah di situ .
Boleh download PrimoPdf di sini: PrimoPdf Download.

Rumusannya:
Hanya 2 perisian sahaja yang saya gunakan untuk menulis ebook:
1. Microsoft Word
2. Primo Pdf Converter

FOREX ~ KEMAHIRAN ASAS

Kemahiran mengendalikan perniagaan matawang ( FX ) amat penting untuk dipelajari oleh mana-mana trader yg ingin berjaya dalam FOREX. Ramai trader yang kurang mengambil perhatian berkenaan hal ini kerana beranggapan bahawa trading FX amat senang. Boleh dikatakan hanya dengan klik sahaja pada mouse trading sudah dapat dilaksanakan. Kemudian tunggu, sampai sasaran untung yg ditetapkan, tutup trading. Itu sahaja. Kalau nasib baik untung kalau nasib sebaliknya rugi.
Keadaan untung dan rugi adalah senario biasa dalam FX, namun dalam perniagaan ini, kerugian boleh dielakkan jika tahu caranya. Dalam info FOREX kali ini saya akan berkongsi pengalaman dengan anda bagaimana trading FX yang tidak akan mengalami kerugian sama sekali. Malah jika anda mempraktikkannya anda hanya akan memperolehi keuntungan sahaja.
FORMULA ANALISIS MAKLUMATMenganalisis maklumat dalam peniagaan FX adalah satu kemestian. Ia sama seperti mengetahui apa kehendak pasaran dalam perniagaan konvensional. Jika anda berniaga sebagai peniaga ayam daging, maklumat pasaran akan menentukan berapa banyak ayam anda akan jual dalam sesuatu masa.
Jika trend musim perayaan umpamanya, tentu anda akan menjual lebih banyak ayam kerana trend pasaran pelanggan pada musim perayaan akan makan lebih banyak ayam. Dengan itu anda akan memperolehi lebih banyak untung dalam musim berkenaan kerana anda menjual lebih banyak ayam.
Begitu juga keadaannya dalam trend pasaran harian dalam waktu tertentu. Jika waktu pagi, ramai pelanggan akan ke pasar membeli keperluan barang basah seperti ikan, ayam, sayur dan sebagainya, berbanding waktu petang. Oleh itu jumlah bekalan barangan yg anda jual pada waktu pagi tentu lebih banyak berbanding waktu petang. Dengan itu rutin harian pasaran sedemikian akan menguntungkan anda, jika anda telah mengetahuinya.
Dalam perniagaan FX anda tidak menjual barang, tetapi menjual dan membeli duit. Oleh itu analisis pasaran perlu diketahui dari semasa ke semasa supaya dapat menentukan berapa banyak wang yang anda akan beli dan berapa banyak wang yang akan anda jual dalam sesuatu masa. Jika analisis anda tepat berkenaan senario pasaran pada sesuatu masa yg berkenaan, maka anda akan dapat memaksimumkan untung.
Dengan kata lain menganalisis pasaran bertujuan untuk mengetahui lebih awal akan keadaan pasaran sebelum anda bertindak membuat keputusan sama ada ingin BUY atau SELL. Kunci kejaya sebenar dalam FX ialah mengetahui keadaan pasaran LEBIH AWAL sebelum anda buat trading.
3 KEMAHIRAN UTAMA TRADING FOREX
Terdapat 3 kemahiran utama yang mesti dikuasai oleh seseorang trader jika ingin menjadi seorang trader yang berjaya. Pertama menguasai kemahiran membuat ANALISIS ASAS, kedua menguasai kemahiran membuat ANALISIS TEKNIKAL dan ketiga mengetahui formula MENAHAN ASAKKAN keadaan pasaran yang tidak menentu.
ANALISIS ASAS UNTUK MENENTUKAN TREND PASARAN SEMASAAnalisis asas adalah news atau berita yang mempengaruhi keadaan pasaran keseluruhan. News akan menceritakan keadaan pasaran dalam zon masa tertentu, sama ada trend pasaran menaik atau menurun. News juga akan menentukan berapa lama trend pasaran menurun atau menaik dalam zone masa tertentu.
Terdapat 3 zone masa pasaran FX yang utama iaitu pagi, petang dan malam. Bagi kita di Malaysia, zone masa pagi bermula sekitar 9.00 hingga 2.00 petang ( 10 -30 mata..ASIA ), zone petang dari pukul 2.00 ptg hingga 8.00 ( 10 - 70 mata…EROPAH ) ptg dan zone malam dari 8.00mlm hingga 1.00 pg ( 10 - 100 mata…EROPAH ).
Jika ketiga-tiga zone masa telah diketahui trend pasarannya, maka seseorang trader lebih mudah membuat keputusan sama ada untuk BUY atau SELL dalam sesuatu zone time yang berkenaan. Oleh itu urus niaga dapat dijalankan dengan tenang dan selesa kerana keadaan pasaran telah dijangka.Tegasnya news adalah penting untuk menentukan trend pasaran dalam zone masa yang berkenaan sama ada menaik atau menurun.
ANALISIS TEKNIKAL UNTUK MENENTUKAN SASARAN UNTUNGNamun setelah news diketahui, perkara kedua yang harus diberi perhatian ialah berapa banyak untung yang menjadi sasaran pada hari berkenaan. Jika seseorang trader ingin mencapai sasaran untung yang tinggi, trader harus peka pula dengan analisis teknikal.
Dalam analisis teknikal, keadaan pasaran zone pagi selalunya tidak menentu. Dalam zone pagi suasana pasaran selalunya sangat kerap turun dan naik. Ia di panggil YOYO time. Target untung tidak banyak ia berlegar sekitar 5 hingga 10 pips sahaja.Manakala zon petang keadaan pasaran agak lega. Sasaran target untung anda 10 hingga 30 pips. Manakala zon yang paling cergas adalah zon malam iaitu antara 9.00mlm hingga 1.00pgi. sasaran target untung antara 10 hingga 100 pips. Jika news memberangsangkan pada hari berkenaan anda boleh mencapai 500 hingga 1000 pips hanya dalam satu malam.
Jika sasaran untung anda tinggi, adalah lebih baik anda buat trading diwaktu malam. Jika sasaran untung anda sederhana atau rendah anda boleh buat trading waktu pagi atau petang. Namun yang paling penting, ambilah sasaran untung yang selesa, tidak terlalu rendah dan terlalu tinggi. Keadaan ini akan dapat menentukan anda sentiasa selesa semasa membuat trading. Malah anda boleh tutup laptop dan boleh buat kerja lain.
Pada masa dahulu, untuk menjadi mahir dalam membuat analisi teknikal ia memerlukan masa yang panjang untuk dipelajari. Anda perlu mempunyai kemahiran khas untuk membuat analisis teknikal jika anda ingin menjadi lebih mahir. Terdapat kursus khas untuk menjadi mahir dan anda perlu mengikutinya selama berbulan-bulan barulah anda mahir.
Namun setelah adanya kemudahan teknologi internet, analisis teknikal menjadi lebih mudah semudah memetik jari anda. Dalam internet banyak sofware analisis forex telah dijual atau boleh disewa. Ia dipanggil SOFTWARE INDICATOR.Software ini beroperasi secara online dari para analisis forex profesional. Tugas mereka hanya membuat analisi teknikal sahaja, iaitu berkenaan keadaan pasaran turun dan naik. Jadi sebelum anda membuat keputusan sama ada BUY atau SELL anda hanya perlu melihat apa petunjuk yang dikeluarkan oleh software indicator berkenaan. Jika petunjuk pada sofware berkenaan menunjukkan sesuai untuk BUY anda buy dan jika SELL anda sell.

FOREX ~ NEWS

News adalah analisis ASAS sesuatu pasaran forex. Ia banyak terdapat di internet sama ada berbayar mahupun free.News berperanan sebagai berita awal untuk menentukan sama ada keadaan pasaran matawang yang anda akan niagakan TURUN atau NAIK. Ini bermakna sebelum anda bertindak untuk memasuki pasaran anda telah mengetahui keadaan pasaran berkenaan. Hal ini akan menyebabkan ada dapat mengelakkan kerugian dan dapat memaksimumkan keuntungan.Di samping itu news juga dapat mengelakkan anda meneka-neka atau mencongak keadaan pasaran tanpa asas. Jika anda meneka sahaja keadaan pasaran sama turun atau naik, anda sama seperti BERJUDI, kerana anda tidak pasti sama ada anda akan untung atau rugi. Hal ini boleh jatuh sebagai HARAM, dalam ISLAM. Oleh itu janganlah anda meneka-neka keadaan pasaran sebelum membuat trading. Pastikan dulu news jelas dalam menyatakan keadaan pasaran, barulah anda bertindak untuk memasuki pasaran sama ada BUY atau SELL

FOREX ~ INDICATOR

Indicator adalah petunjuk elektronik untuk membuat ANALISIS TEKNIKAL sebelum membuat apa-apa trading. Petunjuk ini akan memberi tahu keadaan pasaran sama sedang naik UP TREND ( UT ) atau sedang turun DOWN TREND ( DT ). Di samping itu ia juga akan menunjukkan masa yang sesuai untuk memasuki pasaran. Dengan petunjuk atau signal yang ada, ia dapat membantu seseorang trader untuk membuat keputusan sama ada ingin membuat posisi BUY atau SELL.
Ada sesetengah indicator perlu dilanggan atau disewa. Ada pula yang percuma. Antara indicator yang boleh diperoleh percuma sepanjang kursus ini ialah indicator REAL TRADER 4. Indicator ini senang difahami kerana semua petunjuk yang diberikan mempunyai maksud yang jelas. Bagi seseorang trader yang baru mereka boleh menggunakan indicator ini sebagai panduan untuk memasuki pasaran. ( Panduan install terdapat dalam CD yang diberikan secara percuma ).
Walau bagaimanapun apabila seseorang trader telah mahir dengan selok belok perniagaan forex, indicator menjadi kurang penting lagi. Yang lebih penting adalah teknik pengurusan modal, kawalan keseimbangan trading BUY dan SELL, NEWS serta modal back up. Walau bagaimanapun indicator tidak boleh ditinggalkan sepenuhnya. Ia masih penting dalam keadaan news tidak diketahui.

FOREX ~ PLAT FORM

Plat form adalah umpama tempat untuk anda menjalankan perniagaan. Umpama anda ingin menjual ikan, anda perlu menjual ikan tersebut di pasar ikan atau pasar basah. Kalau anda ingin menjual kereta, anda perlu menjual kereta berkenaan di kedai menjual kereta. Dalam perniagaan forex anda menjual dan membeli matawang. Oleh itu anda perlu ada tempat untuk menjual matawang berkenaan. Tempat anda menjalankan urusan jual beli matawang berkenaan dipanggil PLAT FORM.
Terdapat pelbagai plat form yang ada di internet seperti money forex, interbank fx, fxcm, north finance, saxo bank dan sebagainya. Namun dalam nota ini plat form yang akan dibincangkan cuma MARKETIVA SAHAJA. Penggunaan plat form marketiva sangat sesuai digunakan terutama bagi anda yang baru mula mempelajari trading forex. Ia sangat senang dikendalikan disamping bersifat mesra pengguna. Selepas anda telah menjadi trader professional barulah anda boleh berpindah ke plat form yang lebih advance seperti saxo bank, interbank fx, northfinance dan lain-lain.
Secara keseluruhannya, plat form marketiva mempunyai kelebihan yang tersediri. Antara kelebihan platform marketiva ialah ia membenarkan seseorang trader menjalankan urusan trading dengan modal yang rendah, serendah 1 dollar sahaja. Di samping itu ia mempunyai live support 24 jam.Jika anda mempunyai masalah dalam menggunakan platform marketiva anda boleh mendapat khidmat nasihat secara terus dari wakil admin serta merta melalui live chat. Anda boleh menaip masalah anda dengan menggunakan bahasa Inggeris atau Melayu. Wakil admin akan menjawab semua pertanyaan anda secara terus.
Disamping itu marketiva juga membenarkan seseorang trader membuat trading sebanyak dua kali dalam posisi yang sama. Umpamanya boleh membuat BUY sebanyak 2 kali dalam posisi yang sama. Jika sesetengah plat form ia tidak dibenarkan sama sekali. Jika anda buat dua kali buy dalam posisi yg sama, posisi yang pertama akan terpada secara automatik. Sistem hanya akan melayan posisi kedua yang anda buat.
Walau bagaimanapun platform marketiva juga mempunyai kelemahan. Ia tidak membenarkan tader membuat trading melebihi modal keseluruhan sebanyak 1k. Jika modal anda dalam akaun trading melebihi 1k pun, jumlah modal yg dibenarkan oleh sistem cuma 1k sahaja.
Dengan kelemahan ini anda tidak boleh memasuki pasaran dengan modal besar seperti 2k keatas dan sekaligus meraih keuntungan yang tinggi dalam setiap 1 pips. Oleh itu jika anda masih ingin memasuki pasaran dengan modal besar lebih baik anda bertukar ke plat form yang lebih advanced.

FOREX

FOREX ialah perniagaan matawang yang mula berkembang di seluruh dunia. Perniagaan ini beroperasi 24jam sehari selama 5 hari seminggu. Ia bermula dari pukul 6pagi pada hari isnin hingga pukul 6pagi hari sabtu. Jumlah trading forex keseluruhan mencapai 2.4 trilion.
Suatu masa dulu forex hanya diniagakan oleh individu professional. Di samping itu ia memerlukan kepakaran khusus sebelum menjadi trader yang berjaya. Individu yang ingin mahir dalam perniagaan ini memerlukan masa 1 hingga 5 tahun untuk belajar. Malah mereka juga perlu membelanjakan puluhan ribu ringgt untuk mengikut kursus khas sebelum menjadi trader yang baik.
Namun pada hari ini perniagaan forex tidak sepayah dulu. Kemajuan dalam teknologi maklumat adalah punca utama perniagaan ini cepat berkembang dan mudah dipelajari.Perniagaan forex kini boleh dikendalikan dari rumah sahaja. Walaupun hanya dengan kain pelikat seseorang trader boleh meraih keuntunga antara 100 sehingga 1000 dollar sehari. Ia bergantung kepada banyak modal yang diniagakan, kecekapan, dan berapa kali seseorang trader melakukan trading dalam sehari.
Ini bermakna semakin besar modal yang diniagakan, semakin besar peluang untuk meraih untung. Selain dari itu jika seseorang trader mempunyai banyak masa terluang, mereka boleh membuat trading seberapa banyak yang mereka mahu. Cuma syaratnya harus berdisiplin dan tahu mengawal modal agar tidak mengalami kerugian yang berlebihan.
BAGAIMANA BERMULA
Dalam perniagaan forex anda memerlukan beberapa tools maya untuk berjaya. Tools berkenaan adalah AKAUN ELEKTRONIK, PLAT FORM, INDICATOR DAN NEWS. Kesemua tools ini terdapat di internet. Ianya ada yang percuma dan ada yang berbayar.

Rabu, 7 Mei 2008

FOREX -~ Asas Elliot Wave

Elliot wave merupakan caa paling bagus untuk melihat sejauh mana pergerakan market dalam jangka masa tertentu. Ramai trader akan membuat keputusan yang terbaik untuk menggandakan keuntungan sepanjang masa.
Pelajari dan fahami nota di bawah.

MOTIVE WAVE ( IMPULSE )

MW mpyi 5 struktur :
1 , 2 , 3 , 4 , 5 Wave 1 ( 5 ) , Wave 2 ( 3 ) , Wave 3 ( 5 ) Wave 4 ( 3 ) Wave 5 ( 5 ) , Wave A ( 5 )

Wave B ( 3 ) Wave C ( 5 ) 1,2,3,4,5 [ 1 ] ,a,b,c - 1,2,3,4,5 [ 3 ] , a,b,c - 1,2,3,4,5,[ 5 ] , -

1,2,3,4,5[ A ] , a,b,c [ B ] , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 [ C ] Trader hanya trade dlm 1 , 3, 5

dan JIKA PERLU dalam C.

Syarat Wajib Ingat !

a. Wave 1 , 3 dan 5 adalah Impulsive Wave ( Follow the trend )
b. Wave 2 TIDAK BOLEH Retrace MORE THAN 100% Wave 1
c. Wave 3 adalah Wave yang terpanjang berbanding Wave 1 dan 5
d. Wave 4 TIDAK BOLEH masuk kws Wave 1


COMPRESSOR SET UP

Anda suka membuat rakaman muzik ?
Ok....Pengalaman juga mengajar kita membuat sesuatu keputusan.
Berikut merupakan pengalaman dan informasi yang diperolehi mengenai set up ke atas compressor.
Basic di bawah adalah utk set parameters kat compressor:

1. Set make-up gain kpd 0dB & limiter (kalau ada)
2. Set attack kpd paling laju & release kpd paling slow.
2. Set ratio anda.
Ratio 1.1:1 - 2.9:1 mild compression
heavy compression 3:1 ke atas ,
limiting adalah 100:1.
3. Set threshold anda hingga dapat compression yg anda inginkan.
4. Setkan juga attack & release .
5. Perhatikan meter gain reduction.
Tambah make-up gain dgn jumlah yg sama gain reduction anda.

LOVE IS CINTA ?

Are You In Love with someone ?

When are you together with that special someone, you pretend to ignore thar person.
But when that special someone is not around, you might look around fo find them.
At that moment, you are in love.
Although there is someone else who always makes you laugh , yor eyes and attention might go
only to that special someone. Then you are in love.
Although that special someone was supposed to have called you long back, to let you know of
their safe arrival, your phone is quiet. You are desperately waiting for the call !!! At that
moment , you are in love.
If you are much more excited for one short e-mail from that spcecial someone thanother many
long-emails, you are in love.
When you find yourself as one who cannot erase all the messages in your answering machine
because of one message from that special someone, you are in love.
When you get a couple of free movie tickets , you would not hesitate to think of that special
someone,. Then, you are in love.
You keep telling yourself, " that special someone is just a friend, " but yo realize that you can not
avoid that person's special attraction. At that moment , you are in love.
while you are reading this page, of someone appears in your mind,
Then you are in love with that person.

PAKEJ KESIHATAN

Menurut Ibu Sina - Bapa Doktor Moden, kesihatan dipelihara berdasarkan 6 keperluan.

1. Udara : pastikan udara bersih..... halaman rumah mesti ada tanaman
2. makanan-minuman: mesti dari sumber yang bersih dan halal
3. Pergerakan dan kerehatan anggota badan: Anggota badan perlu digerakkan (exercise) dan perlu direhatkan
4. pergerakan emosi dan kerehatan emosi: emosi mesti dijaga
5. Tidur yang cukup
6. Pengahaman dan perkumuhan yang sempurna

Ini dipanggil 6 keperluan. Semua di atas di pakej dalam apa yang dipanggil CARAHIDUP- Lifestyle

PENGERTIAN CINTA DAN KAWAN

Ini adalah mesej yang disampaikan oleh rakan chat saya dari Penang.
Cuba kalian hayati Kisah CINTA dan KAWAN dibawah. Ianya ringkas dan mudah difahami.

"Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu BUTA.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Diharap kalian boleh membuat refleksi kendiri tentang kiasah tersebut.

Panduan belajar MIDI

Sekiranya kalian ingin mendalami ilmu MIDI, berikut adalah perkara yang erlu kita pelajari :

1. Pengenalan MIDI - memahami konsep MIDI.
2. Rakam MIDI (Step Recording)
3. Rakaman MIDI (Real Time)
4. Rakaman Drum (asas)
5. Rakaman muzik asas
6. Rakaman Melodi
7. Rakaman Bass
8. Rakaman Acomp 1(Chord)
9. Rakaman Acomp 11 (Arpegio)
10. Rakaman String/Organ
11. Rakaman PadRakaman Lain-lain Track
12. Kemaskini Rakaman
13. Memilih tone generator
14. Perkenalan Edirol
15. Mengatur Effect, Reverb dan Chorus
16. Panning
17. Convert MIDI (M1)to Wave
18. Convert MIDI (melodi) ke Wave

Rezeki Anak itu Rezeki Orang Tua...

Sesungguhnya, rezeki yang halal adalah segala-galanya. Lebih-lebih lagi dengan adanya kombinasi dari keberkatan.
Pertama , semua orang memahami rezeki halal. Walaupun pendapatan hanya di bawah paras kemiskinan tegar , seseorang individu dapat menyara keluarganya dalam tempoh masa sebulan sementara menunggu pendapatan pada bulan seterusnya. Pendapatan 4 angka golongan professional jauh lebih banyak daripada pendapatan yang di bawah RM1000. Bahkan pendapatan penganggur bermusim juga tidak mungkin mengatasi kemampuan membeli golongan elit.
Akan tetapi….apabila Allah s.w.t memberi rezeki kepada hambanya, sama ada pendapatan dalam jumlah yang banyak atau sedikit dengan syarat punca rezeki tersebut halal dan diredhai-Nya, insyaALlah kita boleh meneruskan kehidupan kita tanpa ada sebarang rungutan.
Pendapatan bukanlah menjadi ukuran dalam mencari rezeki di muka bumi ini. Hala dan haram lah menjadi amalan dan panduan kita sepanjang menjalani kehidupan seharian. Ini kerana Islam adalah jalan kehidupan kita kerana kita takut tersesat sepanjang perjalanan hidup di dunia ini.
Di situlah kita sedar bahawa perbelanjaan harian kita sentiasa seiring dengan pendapatan kita. Kita tidak akan berasa kekurangan ke atas kewangan kita kerana kita sentiasa bersyukur dengan rezeki halal yang sedia ada. Di sini saya bukan maksud mengalalkan kita terus hidup dalam keadaan sedia ada selamanya. Kalau corak kehidupan kita berubah, alhamdulillah. Tetapi ingat !!!! Cara dan jalan mestilah betul. Sekarang kita hanya berfokus kepada rezeki halal sahaja.
Kedua, keberkatan ke atas rezeki halal tadi adalah kombinasi yang paling penting. Semua kita memiliki ibu bapa. Kedua orang tua kita akan berasa gembira jika kita menghulurkan sejumlah wang ( niat kena ikhlas !!!!) kepada mereka. Kalau tak dapat, kita belikan makanan seperti roti, kuih-muih,buah-buahan atau makanan keperluan asas kepada mereka. Sesunggunya semua ibu bapa bukan mengharapkan semuanya. Ini kerana mereka hanya menanti kehadiran kita sepanjang masa. Mendengar khabar berita melalui telefon / hanpon serta perhatian daripada anak-anakna adalah formula luar biasa yang menggembirakan hati mereka.
Semua kita akan berkata sibuk dengan urusan pekerjaan sampai tidak ada masa untuk berbuat demikian. Janganlah kita lupa, sesungguhnya keenganan kita berbuat demikian telah menyinggung perasaan mereka. Kesedihanmereka itu akan memberi kesan negative ke atas rezeki halal yag kita telah perolehi. Adakah kita akan menziarahi mereka apabila mereka terlantar di katil hospital atau klinik ? Adakah kita akan menziarahi apabila jasad ibu bapa kita apabila meeka pergi selamanya ?
Sememangnya semua ibu bapa yang akan mendoakan kebaikan anak-anaknya. Lantaran itu, keberkatan ke atas rezeki halal kita akan berterusan. Walapun sewaktu kita kecil kita sangat dekat dengan kedua orang tua kita. Dan kebiasaannya , setelah dewasa kita akan berada jauh daripada kedua orang tua kita atas sebab faktor mencari rezeki. Namun, janganlah dijadikan alasan sehingga langsung tidak ada masa untuk menemui mereka. Ambillah kesempatan sewaktu mereka hidup di dunia ini. Walaupun suatu masa nanti mereka pergi selamanya, sebenarnya tanggungjawab kita tetap berterusan. Kita tetap akan menzirahi kubur , berdoa dan bersedekah kepada mereka selagi nafas kita tidak berhenti.
Kesimpulanya, rezeki kita anak-anak adalah rezeki orang tua kita. Ini kerana kita adalah masa depan mereka sewaktu melahirkan kita. Carilah rezeki halal yang berkat doa orang tua. Usahlah kita lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak dan tangungjawab kita sebagai seorang muslim. Biarkan semuanya menjadi unsure kepada agama Islam di hati kita. Tidak aka nada persilangan , subset dan kesatuan seperti mana dalam mata pelajaran matematik. Ini kerana Islam adalah jalan kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Jangan lupa , amalkan ajaran Islam sebagai panduan dan amalan kita sebagai anak ataupun ibu bapa.

HANPOND NOKIA

Kod-kod di bawah adalah hasil yang saya dapat semasa melayari internet pada tahun 2007. Saya tak ingat lagi sama saya perolehi dari forum , laman web peribadi seseorang atau sebagainya. Namun, semuanya bukan menjadi penghalang kepada kita pengguna hanpond Nokia.
Kaliana boleh merujuk kod-kod di bawah sebagai panduan sahaja. Kalau nak mencuba, pastikan kalian menaip kod-kod tersebut dengan betul. Wokey..

Nokia
IMEI NUMBER : *#06#
Software Version ; *0000#lub*#9999#
Simlock Info ; *#92701689#
Enhanced Full Rite ;*3370# [ #3370# off ]
Haft Rate : *4720#
Provider Lock Status: #pw+1234567890+1
Network Lock Status : #pw+1234567890+2
Simcard Lock Status : *pw+1234567890+4
Master Code which is generated from IMEI : 1234567890

Isnin, 5 Mei 2008

PETUA ORANG TUA

Amalan dan kaedah meminum air....

1. Amalkan banyak minum air masak suam.
2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan & jangan minum air semasa makan.
3. Elakkan daripada mandi malam.
4. Jgn gunakan air bertakung yg terkena panas matahari utk mencuci muka.
5. Utk menghilangkan sedu, minum byk air diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
6. Utk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sebagai baja utk tanaman.
Ini kerana bahan organik di dalam kandungan air bilasan kain dapat menyuburkan tanaman.
7. Air juga merupakan petua utk penjagaan suara bagi yg gemar menyanyi & mengaji.
Selain dpd mengamalkan byk minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi.
Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala.
Amalan ini dikatakan dpt mengelakkan suara dpd pecah.

Cuba saja laa.......

MENANGANI TEKANAN

Tekanan atau STRESS boleh melemahkan ketahanan mental dan fizikal kita .

Berikut adalah tip ringkas untuk menangani tekanan.

1. Bersikap realistik terhadap sesuatu perkara
2. Menerima teguran dan perubahan secara positif
3. Merancang kerja secara sistematik
4. Komunikasi dengan berkesan dan sentiasa gembira ( humour mesti ada !!! )
5. Amalkan cara hidup sihat
6. Boleh lihat cemin...tengok muka monyok dan muka 5 sen bila kita tertekan.
Tanya diri sendiri , " Adakah anda nak muka yang kjelihatan cantik dan muda menjadi tua ? "

Selamat mencuba

PENULISAN LAGU

Penulisan lagu ibarat tukang masak yang mempunyai banyak rempah-ratus dan resepi. Ini kerana masakan perlu disediakan . Jika masakan itu sempurna, maka sedaplah rasanya...

Ada 10 Tips penulsian Lagu yang saya ketahui...

1. Jangan tunggu untuk berinspirasi dan bermeditasi
2. Belajar bentuk dan struktur lagu. Lebih dikenali sebagai FORM seperti A.B.A.B.A.B.C.
~ Verse , Bridge dan Chorus
3. Fikirkan Tema Lagu dan tajuk lagu yang sesuai.
4. Mulakan penulisan secara "Brainstorming " tentang apa sahaja yang terlintas di minda kita.
5. Biasakan telinga kita dengan mendengar pelbagai muzik untuk dapatkan idea.
6. Mulakan dengan melodi , muzik dan seterusnya lirik . Begitulah sebaliknya...
7. Buat perancangan yang mudah tapi menarik dan sedap didengar.
8. Semua elemen muzik yang berkaitan seperti bahasa dalam senikata ,mood lagu , irama , lagu ,
muzik , dinamik.
9. Mulakan sebagai percubaan awal sambil mendengar berulang kali.
10. Proses Pra-Dengar kepada kawan-kawan yang faham tentang muzik dan dapatkan komen.
Selain itu, Pra-Dengar juga kepada rakan-rakan yang suka mendengar lagu , mengkritik dan dapatkan respon awal daripada mereka. Perbaiki kelemahan dalam lagu anda.

Tips berkenaan sebenarnya adalah asas yang saya ketahui. Sebenarnya tiada peraturan khusus yang ditetapkan tentang penulasan lagu. Kita bebas berkarya...

RESEPI

1. MEE JAWA

BAHAN UNTUK KUAH

1) Bawang putih – 3 @ 4 ulas
2) Bawang merah – 3 @ 4 ulas
3) Halia – ½ inci diblender
4) Lengkuas – ½ inci
5) Cili kering – 6 @ 7 biji
( 1 ) ~ ( 5 ) Diblender

6) Rempah tumis – 1 bungkus
7) Serai – 1 @ 2 batang dititik
8) Kari adabi – 1 bungkus
9) Keledek @ kentang – 4 @ 5 biji (Direbus dan diblend)
10) Santan (pati) – 1 gelas
11) Kacang tanah – 1 gelas (sudah diblend)
12) Daging lembu – ½ kg (rebus - simpan air)
13) Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT KUAH

Tumis semua bahan 1-7 bersama rempah tumis hingga naik baunya. Masukkan kari adabi, santan, air rebusan daging, kacang tanah dan keledek. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula. Jangan terlalu pekat atau cair.

Mee kuning (1 kg) dan taugey (dicelur)

HIASAN
– Daging rebus dihiris nipis
– Daun sup
– Bawang kering
– Cili hidup
– Telur
- SELAMAT MENCUBA -

SAJAK BUAT AYAH

Bismillahirrahmanirrahhim
Al-Fatihah...
Semoga roh ayahanda tergolong dalam golongan yang beriman. InsyaALlah.

Tajuk : Ayah kembali kerahmatullah

Ayah..
senyum mu bisa mengubat rindu ku
kata-kata mu bisa melembutkan hatiku
belaian mu bisa menyemarakkan semangat ku

Ayah...
peluh mu memandikan JERIS kami
sehingga kini nasihat mu membentuk peribadi kami menjadi insan berguna
tunjuk ajar mu mengukuhkan ilmu dan menajamkan KBKK minda kami

Ayah...
bila bersama kita merasa aura hubungan yang akrab penuh kasih-sayang
bila berjauhan perasaan sangat dekat dan erat dirasai
bila kau pergi....perasaan sama kami tetap dan peribadi mu kami tetap mengingatinya
kerana dalam hubungan kita tiada tanda baca yang boleh menghentikannya
walaupun kini kami berasa sunyi , sepi , sedih , sayu , pilu tanpa mu...

TAJUK : Ayah

Ayah…
Biarpun dikau sudah tiada
Namun….nama mu segar dibibir ini

Ayah…
Biarpun dikau sudah tiada
Namun… wajah mu tetap tergambar di minda ini

Ayah…
Biarpun dikau sudah tiada
Namun… kata nasihat mu masih terngiang di telinga ku ini

Ayah…
Biarpun dikau sudah tiada
Namun…gurau-senda mu tetap mengusik jiwa ini

Ayah….
Biarpun dikau sudah tiada
Namun… kasih sayang mu tetap subur di hati ini

Ayah….
Biarpun dikau sudah tiada
Namun…semua impian mu telah menjadi kenyataan kini

Ayah….
Biarpun dikau sudah tiada..
Namun…. Bayang bayang mu tetap ada di sisi kami

Ayah….
Biarpun dikau sudah tiada
Namun….senyuman mu tetap di mata kami