Isnin, 27 April 2009

AYAH....

Ya....
Nama yang indah buat kita semua.
Tanpa Ayah....tak sempurna kelahiran ini
Namun, pemergaiannya juga menyepikan jasad berbica berkata-kata
Tak dapat daku tuliskan ungkapan isi hati ini.......kerana aku teringatkan diri mu...
walaupun masa terus berlalu.....diri mu dan diri ku tetap bersatu....kerana daku waris mu...

KESIHATAN DIRI

Salam,
Agak lama menyepikan diri dalam penulisan blog. Saya terfikir sejenak...kenapa pada peringkat usia mencecah 40-an, kesihatan diri kita sering terjejas.
Untuk itu, kita mesti memanfaatkan hospital/klinik kesihatan yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatahn diri sendiri melalui pemeriksaan darah.
Aduh, jarum tu yang membuat fikiran kita bercelaru.....namapak kecil tetapi bisa apabila mencucuh urat saraf kita.
Apa nak di kata, puasa semalaman dan seterusnya ujian darah di makmal dipenuhi demi kesihatan diri. Walaupun nampak sihat secara luaran, namun dalaman siapa yang tahu. Jadi, kita berhak tau.....
Bertindaklah sekarang....mencegah dan menegsan dari awal lebih baik daripAda merawat di peringkat akhir.

Rabu, 29 Oktober 2008

RUMAH SENDIRI

Semua orang mengidam memiliki rumah sendiri. Bakkata orang, rumah sendiri tempat kita beristirehat. kita lah Tuan Besar dalam rumah kita. Tak ada suara sinis dan nada marah apabila kita berada dalam rumah sendiri. Kita boleh buat apa sahaja. Tak kiralah rumah kita besar , kecil , cantik atau hodoh....yang penting rumahkita sendiri.

Alhamdulillah, saya baru saja mendiami rumah sendiri pada 17.10.2008 ( Jumaat ) pada jam 4:00 pagi.
Saya melakukan perkara berikut ketika hendak memasuki rumah sendiri.
1. Memakai pakaian melayu lengkap dengan sebilah keris.
2. Memijak batu sebelum memijak anak tangga rumah.
3. Azan apabila pintu rumah di buka.
4. Azan dalam bilik yang ada dalam rumah. Maknanya saya azan 4 kali kerana rumah saya ada 4 buah bilik.
5. Sujud syukur
6. Solat subuh berjemaah dan bacaan Yassin
7. Makan kenduri Kesyukuran ala kadar : kuih muih + Air milo/Teh sebagai jaman
8. Melayan penghuni kampng yang bertandang ke rumah. Seterusnya menjamu mereka kuih muih.
9. Tidak tidur selama 3 hari ( syarat masuk rumah baru) pada waktu siang hari. Ini bertjuan untuk memudahkan tuan rumah melayan sesiapa yang bertandang ke rumah baru.

Sekian.

Isnin, 11 Ogos 2008

LAGU AIDS

Prostar...
Bintang harapan remaja dan bangsa
Jauhi AIDS hidup sejahtera
Tiada AIDS hidupkan jaya
Prostar formula untuk semua
Maklumat hasilnya tanggungjawab
Usaha untuk menentang risiko
Sihat remaja majulah
Negara Wawasan tercapai bangsa mulia
Prostar... Bintang harapan Malaysia
Sinar dalam gelita Ceriamu untuk semua
Teguhmu teladan tercipta
Remaja Harapan Negara
Tiada AIDS Malaysia sejahtera...

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka,beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktivitisaraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

ASAL USUL SOLAT

Ini petikan dari laman wen tertentu. Lupa pula saya nak senaraikan juga.


SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


"--KU SAMPAI KAN WALAU
SEBARIS AYAT--"

Ahad, 3 Ogos 2008

KURSUS MULTIMEDIA

Kursus Multimedia amat menarik dan menambat hati saya. Kebetulan saya masih baru dalam penggunaan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator . Kebetulan, perisian itulah yang saya cari selama ini. Kalau kalian mahir , bolehlah berkongsi ilmu dengan saya. Terima kasih.

Sabtu, 26 Julai 2008

PANDUAN : APABILA SISTEM WINDOWS PROBLEM

Cara

1. Reboot dengan Start Up Disk : Restart komputer dan masukkan Start Up Disk

2. Arahan...pilihan :

2.1 Help
2.2 Start Computer With CD-ROm Support
2.3 Start Computer Without CD-ROm Support
2.4MS Dos

Nota : Sila pilih 2 dan Tekan Enter

3. A:\

4. A:\DIR/W atau A:DIR/P
Semak File DELTREE.EXE

5. A:\C:

6. C:\

7. C:\ DIR/W aau c:\DIR/P

Semak sekali lagi Fail DELTREE.EXE

8. C:\ copy:a:Deltree.exe dan klik ENTER
Nota : Jika Fail Deltree.exe tidak ada laaaaa

9. Check c:\deltree *.* ( Tekan ENTER )

10. C:\> deltree *.* ( Tekan Enter
Maka akan keluar arahan berikut : Windows will deleted ? Pilih Yes dan ENTER

Sekiranya ada Fail Deltree *.* tak payah pilih YES....Pilih NO dan ENTER laaa

Seterusnya, masukkan CD-ROM WINDOWS anda. Sila ikut arahan seterusnya.

11. E:\>Dir/W

12. C:\> f: ( Tekan ENTER )

13. f:\CD WIN ME ( Tekan ENTER )

14. f:\windows>setup WINME ( contoh kalau guna Window ME laaa )

SELAMAT MENCUBA dan JANGAN LUPA TANYA KAWAN-KAWAN YANG LEBIH MAHIR.

Rabu, 16 Julai 2008

MALAM JUMAAT

Malam Jumaat merupakan malam yang saya sering kita tunggu. Selain bacaan surah Yassin selepas solat Maghrib, ada rahsia disebaliknya kepada saya. Hampir setiap minggu saya akan setia mennati malam tersebut. Paling best, apabila malam berkenaan hujan turun dengan lebatnya. Air hujan malam Jumaat itulah yang saya inginkan. Namun, agak sukar juga untuk mendapatkannya. Kalau anda pernah berbuat demikian, kita mempunyai pengalaman yang sama. Nantilah malam jumaat dengan harapan hujan turun dengan lebatnya.

RUMAH IDAMAN

Alhamdulillah,....alangkah seronoknya jiwa raga ini setelah bejuang untuk membina sebuah istana lambang cinta uda dan dara.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpahan rezeki yang berlimpah-limpah , akhirnya dapatlah RUMAH IDAMAN disiapkan dan berdiri megah.

APPLE : iPhone 3G

TOKYO 11 Julai -
Lebih 1,000 orang berbaris sepanjang malam di luar sebuah kedai di tengah Tokyo bagi mendapatkan iPhone pertama dijual di Jepun.
iPhone 3G tersebut mula dijual pada pukul 7 pagi di Softbank Mobile di tengah Tokyo.
Sebelum ini, iPhone tidak dipasarkan di Jepun dan penjualannya di negara matahari terbit buat kali pertama telah mencetuskan tarikan orang ramai.
"Saya sudah mengatakan, pada tahun ini akan menjadi tanda aras bagi telefon sel yang akan menjadi mesin Internet. Hari ini paling bersejarah," kata Masayoshi Son yang mengetuai kumpulan Softbank.
Menurutnya, akses Internet akan menjadi lebih mudah menggunakan iPhone berbanding komputer peribadi.
Sebagai gimik pelancaran jualannya, asap putih berkepul-kepul di hadapan kedai dan tirai ditarik memaparkan imej iPhone 3G besar pada dinding kedai.
Sesetengah peminat Apple telah berkhemah sejak beberapa hari, sebelum pelancaran jualannya pagi ini.
Telefon sel lapan gigabait itu dijual pada harga 23,040 yen (RM713).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

Sabtu, 31 Mei 2008

FORMAT UPSR 2010

TANAH MERAH: Kerajaan bercadang memperkenalkan format baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), yang 50 peratus pemarkahannya dibuat berdasarkan penilaian berterusan prestasi murid dalam pelbagai aspek selain peperiksaan, mulai 2010.Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata format baru itu antara lain merangkumi pengurangan peperiksaan, penilaian berterusan pada peringkat sekolah, taksiran psikometrik dan taksiran peringkat pusat terhadap aktiviti sukan serta kokurikulum.“Sistem yang digunakan dalam UPSR kini mungkin akan dihapus setengah atau kurikulumnya dirombak, tetapi ia banyak bergantung kepada kemampuan guru membuat penilaian serta taksiran pada peringkat sekolah.“Matlamatnya ialah penerapan nilai asas di mana murid mulai sekolah rendah mesti kreatif, aktif serta berpemikiran kritikal. Mereka juga perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain seperti Mandarin dan Arab.“Aktiviti luar seperti kokurikulum, sukan dan disiplin akan diserapkan daripada awal sebelum memasuki sekolah menengah kerana apabila dewasa, kita tak mahu mereka lemah dan akhirnya jadi graduan menganggur,” katanya.Bercakap selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Tanah Merah di sini, semalam, Hishammuddin berkata, jika cadangan itu dilaksanakan, format UPSR yang berasaskan peperiksaan sejak 20 tahun lalu, akan berubah.Beliau berkata, kajian mengenai cadangan itu dibuat sejak dua tahun lalu dan kini diperluaskan bagi dilaksanakan menjelang 2010, sebaik tempoh pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) berakhir.Hishammuddin berkata, kajian terperinci format itu dilakukan Bahagian Pendidikan Guru dan Pusat Pembangunan Kokurikulum di kementeriannya yang menilai kemampuan guru melaksanakannya serta tahap penerimaan murid.“Saya harap, perubahan itu dilakukan menjelang 2010 iaitu sehingga tempoh pelaksanaan PIPP dan kita mahu perubahan semua aspek termasuk persediaan guru, peperiksaan dan kokurikulum dalam usaha melakukan reformasi pendidikan negara,” katanya.Difahamkan, format baru itu akan dilaksanakan menerusi projek perintis membabitkan beberapa sekolah kluster dan terpilih mulai tahun depan, sebelum diperluaskan kepada lebih 7,000 sekolah rendah seluruh negara.Penilaian berterusan akan dibuat sepenuhnya oleh guru terhadap murid sebaik memasuki Tahun Satu hingga Enam berdasarkan panduan piawaian yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).Berdasarkan format baru itu, murid yang tidak menghadiri peperiksaan kerana sakit, tetap diberi markah berdasarkan penilaian guru dan prestasi sepanjang persekolahan."

Nota: Sumber : Berita Harian (Oleh Wan Faizal Ismayatim)"

INFO SAINS

Cuba renungkan sejenak....Allah s.w.t. Maha Agung.....Maha Kaya....Maha Bijaksana

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi. Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km .
Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.
Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Petikan daripada Laman Web Sekolah.
Nota: Sumber : www.megasutra.com

Jumaat, 23 Mei 2008

PENANAMAN HIDROPONIK

Saya tertarik dengan kaedah penanaman hidroponik.

Alamat Laman Web Kak Wan saya terlupa dah....

Saya terjumpa langkah-langkah penanaman seperti dibawah :-

KAEDAH 3 T kerana ianya memerlukan 3 perkara asas:

PERTAMA : TANAM

Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter.
Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.
Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati.

KEDUA : TUNGGU

KETIGA : TUAI

PULAU BATU PUTIH


Saya terima SMS dari Malaysiakini pada jam 6:30 hingga 7:15 malam.

1st SMS : WorldCourt had decided that S'pore has ownership over Batu Puteh , while Malaysia has sovereignty over of two ofits rocky outcrop. /MKINI

2nd SMS : World Court voted 12-4 in favour of S'pore on Batu Puteh , 15-1 in favour of Malaysia on one of its two rocky outcrops , Middle Rocks. / MKINI

3rd SMS : World Court voted 15-1 on another rocky outcrop South Ledge belongs to the state in the territorial waters of whoich it is located. /MKINI

Saya juga sempat menonton Siaran Langsung TV1 Jam 4.00 petang tadi. Tapi....tak habis kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Terpaksa saya tinggalkan lerrrrr

Seterusnya saya mendengar berita TV3 Jam 8:00 malam bersamaan 23.05.2008.
Rumusan, Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menunjukkan keputusan secara amnya menunjukkan situasi Menang-Menang

Kedaulatan Pulau Middle Rock menjadi hak milik Malaysia
Kedaulatan Pulau Pasir Puteh menjadi hak milik Singapura

MUZIK

Semestinya......kehidupan kita seiring dengan muzik
kerana muzik sebahagian daripada kehdupan.
Tanpa muzik...kehidupan tidak akan lengkap
tanpa kehidupan... muzik tidak akan wujud
kerana kehidupan adalah muzik bahkan muzik adalah kehdupan

Setiap nafas akan menghasilkan muzik tersendiri
denyutan jantung umpama mentronome adalah asas muzik dalam kehidupan
kerana kehidupan tidak bererti tanpa indikator berkenaan

Begitu jugalah dengan dunia muzik kita
tanpa penggiat seni...muzik kita akan terhenti dan berdiri tanpa melodi
kerana irama dan lagu sememangnya tidak boleh dipisahkan
penggiat seni muzik dengan industri muzik adalah resepi pelengkap
kerana....halwa telinga akan terhibur dengan kombinasi segala-galanya

PANTAI TANJUNG SIMPANG MENGGAYAU

Bibir mu indah
persis sang pari-pari
Daku terpesona
keindahan menikam kalbu

Gigi muka putih bersih
persis kilauan intan permata
Daku jatuh cinta
jiwa terpikat dua dunia

Penampilan mu indah kebiruan
segak , tampan dan kemas dunia memandang
semenagnya Dia yang empunya
hanya Dia yang layak mendapat pujian
segala pujian-pujian hanya untuk Mu

HUTANG

alatan
Bila berhutang...kita kena fikir dulu
Jika mampu....biarkan tujuan kita betul-betul dan perlu

kerana kita mudah lupa dan masa terus berlalu
Kita akan malu...malu bila ketemu
malu hutang tak dilangsai
malu bukan lupa tapi pura-pura

Ingat lah !!!!
buka sepanjang masa kita senang
bukan setiap masa kita lari dari masalah
kerana masa akan membelenggu kita
kita akan sengsara kerana kita jua
hilang kejujuran di jiwa
hilang ketakutan di hati
dunia bukan selamanya
akhirat kena ingat jua...

CUTI SEKOLAH

Cuti Sekolah
Sekolah cuti
Pelajar cuti
anak-anak cuti
keluarga cuti
cuti-cuti semalaysia

biar bermanfaat
kerana masa bukan beku
masa terus berlalu
kita pasti akan tersedu

biar masa berlalu
semua akan rindu
kerana cuti sekolah
notalgia sungguh indah

PANAS

Hangat membara
Cubaan dunia
Belum lagi bara neraka
yang bisa meranap seluruh alam maya

Panas dunia
ujian dan cubaan
buat makhluk
yang sering lupa asal-usulnya

Belum lama masa berlalu
kita manusia sudah melatah
panas...panas....panasss !!!!
mulut tak pernah bersyukur
hanya kebaikan dipinta
segala kejahatan dicerca
itulah...manusia dan dunia

Bukan kekal lama
hanya sementara
bukan hidup lama
maut tetap tiba
kerana....
dunia hanyalah pinjaman
waspadalah kita sebagai peminjam