Rabu, 29 Oktober 2008

RUMAH SENDIRI

Semua orang mengidam memiliki rumah sendiri. Bakkata orang, rumah sendiri tempat kita beristirehat. kita lah Tuan Besar dalam rumah kita. Tak ada suara sinis dan nada marah apabila kita berada dalam rumah sendiri. Kita boleh buat apa sahaja. Tak kiralah rumah kita besar , kecil , cantik atau hodoh....yang penting rumahkita sendiri.

Alhamdulillah, saya baru saja mendiami rumah sendiri pada 17.10.2008 ( Jumaat ) pada jam 4:00 pagi.
Saya melakukan perkara berikut ketika hendak memasuki rumah sendiri.
1. Memakai pakaian melayu lengkap dengan sebilah keris.
2. Memijak batu sebelum memijak anak tangga rumah.
3. Azan apabila pintu rumah di buka.
4. Azan dalam bilik yang ada dalam rumah. Maknanya saya azan 4 kali kerana rumah saya ada 4 buah bilik.
5. Sujud syukur
6. Solat subuh berjemaah dan bacaan Yassin
7. Makan kenduri Kesyukuran ala kadar : kuih muih + Air milo/Teh sebagai jaman
8. Melayan penghuni kampng yang bertandang ke rumah. Seterusnya menjamu mereka kuih muih.
9. Tidak tidur selama 3 hari ( syarat masuk rumah baru) pada waktu siang hari. Ini bertjuan untuk memudahkan tuan rumah melayan sesiapa yang bertandang ke rumah baru.

Sekian.

Tiada ulasan: