Rabu, 16 Julai 2008

APPLE : iPhone 3G

TOKYO 11 Julai -
Lebih 1,000 orang berbaris sepanjang malam di luar sebuah kedai di tengah Tokyo bagi mendapatkan iPhone pertama dijual di Jepun.
iPhone 3G tersebut mula dijual pada pukul 7 pagi di Softbank Mobile di tengah Tokyo.
Sebelum ini, iPhone tidak dipasarkan di Jepun dan penjualannya di negara matahari terbit buat kali pertama telah mencetuskan tarikan orang ramai.
"Saya sudah mengatakan, pada tahun ini akan menjadi tanda aras bagi telefon sel yang akan menjadi mesin Internet. Hari ini paling bersejarah," kata Masayoshi Son yang mengetuai kumpulan Softbank.
Menurutnya, akses Internet akan menjadi lebih mudah menggunakan iPhone berbanding komputer peribadi.
Sebagai gimik pelancaran jualannya, asap putih berkepul-kepul di hadapan kedai dan tirai ditarik memaparkan imej iPhone 3G besar pada dinding kedai.
Sesetengah peminat Apple telah berkhemah sejak beberapa hari, sebelum pelancaran jualannya pagi ini.
Telefon sel lapan gigabait itu dijual pada harga 23,040 yen (RM713).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

Tiada ulasan: