Sabtu, 26 Julai 2008

PANDUAN : APABILA SISTEM WINDOWS PROBLEM

Cara

1. Reboot dengan Start Up Disk : Restart komputer dan masukkan Start Up Disk

2. Arahan...pilihan :

2.1 Help
2.2 Start Computer With CD-ROm Support
2.3 Start Computer Without CD-ROm Support
2.4MS Dos

Nota : Sila pilih 2 dan Tekan Enter

3. A:\

4. A:\DIR/W atau A:DIR/P
Semak File DELTREE.EXE

5. A:\C:

6. C:\

7. C:\ DIR/W aau c:\DIR/P

Semak sekali lagi Fail DELTREE.EXE

8. C:\ copy:a:Deltree.exe dan klik ENTER
Nota : Jika Fail Deltree.exe tidak ada laaaaa

9. Check c:\deltree *.* ( Tekan ENTER )

10. C:\> deltree *.* ( Tekan Enter
Maka akan keluar arahan berikut : Windows will deleted ? Pilih Yes dan ENTER

Sekiranya ada Fail Deltree *.* tak payah pilih YES....Pilih NO dan ENTER laaa

Seterusnya, masukkan CD-ROM WINDOWS anda. Sila ikut arahan seterusnya.

11. E:\>Dir/W

12. C:\> f: ( Tekan ENTER )

13. f:\CD WIN ME ( Tekan ENTER )

14. f:\windows>setup WINME ( contoh kalau guna Window ME laaa )

SELAMAT MENCUBA dan JANGAN LUPA TANYA KAWAN-KAWAN YANG LEBIH MAHIR.

Rabu, 16 Julai 2008

MALAM JUMAAT

Malam Jumaat merupakan malam yang saya sering kita tunggu. Selain bacaan surah Yassin selepas solat Maghrib, ada rahsia disebaliknya kepada saya. Hampir setiap minggu saya akan setia mennati malam tersebut. Paling best, apabila malam berkenaan hujan turun dengan lebatnya. Air hujan malam Jumaat itulah yang saya inginkan. Namun, agak sukar juga untuk mendapatkannya. Kalau anda pernah berbuat demikian, kita mempunyai pengalaman yang sama. Nantilah malam jumaat dengan harapan hujan turun dengan lebatnya.

RUMAH IDAMAN

Alhamdulillah,....alangkah seronoknya jiwa raga ini setelah bejuang untuk membina sebuah istana lambang cinta uda dan dara.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpahan rezeki yang berlimpah-limpah , akhirnya dapatlah RUMAH IDAMAN disiapkan dan berdiri megah.

APPLE : iPhone 3G

TOKYO 11 Julai -
Lebih 1,000 orang berbaris sepanjang malam di luar sebuah kedai di tengah Tokyo bagi mendapatkan iPhone pertama dijual di Jepun.
iPhone 3G tersebut mula dijual pada pukul 7 pagi di Softbank Mobile di tengah Tokyo.
Sebelum ini, iPhone tidak dipasarkan di Jepun dan penjualannya di negara matahari terbit buat kali pertama telah mencetuskan tarikan orang ramai.
"Saya sudah mengatakan, pada tahun ini akan menjadi tanda aras bagi telefon sel yang akan menjadi mesin Internet. Hari ini paling bersejarah," kata Masayoshi Son yang mengetuai kumpulan Softbank.
Menurutnya, akses Internet akan menjadi lebih mudah menggunakan iPhone berbanding komputer peribadi.
Sebagai gimik pelancaran jualannya, asap putih berkepul-kepul di hadapan kedai dan tirai ditarik memaparkan imej iPhone 3G besar pada dinding kedai.
Sesetengah peminat Apple telah berkhemah sejak beberapa hari, sebelum pelancaran jualannya pagi ini.
Telefon sel lapan gigabait itu dijual pada harga 23,040 yen (RM713).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm